Naimah Cuba Main Naratif Konspirasi
Isteri kepada Allahyarham Tun Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid baru-baru ini merancang untuk memfailkan permohonan mendapatkan perintah 'gag order' (larangan bersuara) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Permohonan itu dibuat agar Anwar dilarang daripada membuat kenyataan lanjut mengenai keluarga beliau atau kes berkaitan.
Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan lisan Naimah dan mengarahkannya untuk memfailkan permohonan rasmi jika mahu meneruskan usaha itu.
Namun, bukankah Naimah sendiri muncul dalam sebuah podcast pada November 2025?
Ironinya, Naimah yang bercerita panjang lebar tentang hubungan antara arwah suaminya dan Anwar, dakwaan fitnah dan tuduhan semuanya adalah kerana konspirasi politik.
Kalau benar semuanya gara-gara konspirasi politik, mengapa Naimah terpalit dengan pelbagai kes di mahkamah?
Antara kesnya adalah dia culas membayar cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta.
Dia mendakwa cukai Taksiran Tambahan bagi Tahun Taksiran 2018 berjumlah RM313,820,336.13 yang dikenakan terhadapnya adalah 'ultra vires' dan menyalahi undang-undang.
Nai'mah turut mendakwa jumlah yang dituntut itu adalah daripada tiga unit aset di luar negara yang bukan di bawah bidang kuasa LHDN kerana undang-undang cukai pendapatan di Malaysia berfungsi berasaskan dasar wilayah.
Namun, LHDN mengatakan selagi Nai'mah adalah warganegara Malaysia dan pemaustatin cukai di negara ini, dia tertakluk kepada audit cukai yang berkait dengan semua sumber pendapatan dan aset-aset menurut Akta Cukai Pendaptan (ACP) 1967.
Naimah juga dikatakan memperoleh beberapa kontrak secara terus daripada kerajaan.
Dia sebelum ini adalah pemegang saham majoriti Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd (SPK).
SPK memperoleh kontrak secara terus berjumlah berbilion ringgit selama pada 1990-an daripada kerajaan.
Naimah juga memiliki orang kanan mereka yang bersekongkol dengan kegiatannya mengaut kekayaan di negara ini.
Individu tersebut adalah Josephine Premla Suvaretnam yang berperanan menjadi pengarah di beberapa buah syarikat milik Naimah.
Josephine juga menguruskan urusan pelaburan luar negara bagi pihak keluarga Naimah seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Kemboja.
Nai'mah juga merupakan pemegang saham utama di sebuah syarikat dikenali sebagai MUHIBBAH ENGINEERING (M) Bhd.
Menurut laporan media tempatan pada 2001, syarikat tersebut sering dianugerahkan projek besar.
Laporan itu turut mengatakan MUHIBBAH memiliki hubungan kuat dengan HCM Engineering Sdn. Bhd yang mempunyai kaitan dengan individu-individu berpengaruh dalam politik.
Antara projek besar yang diperoleh oleh MUHIBBAH adalah projek bernilai RM422 juta untuk membina kem tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan.
MUHIBBAH juga mendapat projek pembaikan jalan raya Persekutuan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan nilai sebanyak RM850 juta bagi tempoh 15 tahun.
SUMBER: https://wrlr.blogspot.com/2024/01/who-is-daims-real-wife-who-is-naimah.html
https://www.utusan.com.my/terkini/2025/06/sprm-beku-rm758-2j-aset-naimah/
Baru-baru ini, anak-anak Daim pula menghilangkan diri daripada menghadiri siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kalau betul tak ada buat salah, kenapa tak tampil sukarela di hadapan SPRM?
Kenapa tak bagi keterangan penuh, tunjuk dokumen dan bersihkan nama keluarga Daim?
Bukankah Naimah sendiri cakap keluarganya langsung tak membuat sebarang kesalahan?
Naimah juga cakap ada konspirasi politik di sebalik siasatan terhadap keluarganya.
Tetapi mengapa mereka semua menyembunyikan diri? Bukan seorang, tapi empat anak-anak Daim menghilangkan diri, sangat mencurigakan.
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2026/02/27/sprm-cari-empat-anak-tun-daim/
Tuduhan demi tuduhan kes dikemukakan oleh pihak berkuasa terhadap Naimah. Pelbagai bukti telah dibentangkan.
Kalau Naimah benar-benar 'bersih', tidak perlu takut untuk disiasat.
Pokok pangkalnya, kekayaan Naimah sangat mencurigakan termasuklah bagaimana dia mampu memperoleh banyak kontrak kerajaan secara terus sebelum ini.
Justeru, memang wajar dia disiasat dan tidak perlulah dia mendakwa semua ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkan dirinya.
Comments
Post a Comment