Posts

Showing posts from November, 2022

MUDA Dan Gangguan Politik

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dilihat lantang bersuara di media sosial. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering kali memuat naik hantaran di media sosialnya mengutuk atau mengecam segelintir pihak tertentu. Ahli-ahlinya seperti calon Parlimen Tanjung Piai PRU-15, Lim Wei Jiet juga tidak kurang 'hebatnya' di media sosial. Kalau dikira usia parti MUDA, baru 2 tahun lebih. Namun pelbagai isu melanda parti berkenaan. Apa yang pelik, krisis dalaman parti pun tidak diselesaikan dengan baik, namun MUDA acapkali membuat gangguan politik. Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/08/13/menjelang-dua-tahun-penubuhan-muda/ Wei Jiet mendakwa kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional (BN) sengaja mengumumkan beberapa peruntukan bernilai RM4.6 juta sepanjang tempoh PRU-15 di kerusi Parlimen Tanjung Piai. Dia mendakwa pengumuman itu merupakan gula-gula pilihan raya dibuat oleh BN yang berselindung di sebalik kerajaan negeri Johor. Apabila sesuatu yang baik diumumkan oleh ke

Syed Saddiq ‘Penjilat’ Tegar DAP

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seperti semua sedia tahu, begitu mesra dengan DAP. Malahan, Syed Saddiq juga berkali-kali memuja 'kehebatan' pemimpin DAP secara terang-terangan. Persoalannya, tergamak Syed Saddiq menyokong 'barua' yang cuba untuk menjajah Malaysia dengan pelbagai ideologi 'bodoh'? Apa yang DAP buat ketika ini hanya untuk menjatuhkan kerajaan dan mana-mana pihak yang menghalang cita-cita mereka untuk memerintah negara ini. Apakah Syed Saddiq lupa apa yang berlaku di Singapura? Golongan Melayu seperti Syed Saddiq hanya menjadi boneka kerajaan sedangkan segala keputusan dibuat oleh mereka yang lebih berkuasa. Sumber: https://www.facebook.com/727154640759875/posts/halimah-presiden-boneka-pap-singapura-1-akhirnya-penyusunan-perancangan-pap-berj/1042820355859967/ https://limguaneng.com/index.php/2017/09/12/halimah-yacob-has-succeeded-for-singapore-where-even-the-united-states-failed-in-electing-the-first-woman-presidentec/ Cukup-cu