MUDA Dan Gangguan Politik

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dilihat lantang bersuara di media sosial.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering kali memuat naik hantaran di media sosialnya mengutuk atau mengecam segelintir pihak tertentu.

Ahli-ahlinya seperti calon Parlimen Tanjung Piai PRU-15, Lim Wei Jiet juga tidak kurang 'hebatnya' di media sosial.

Kalau dikira usia parti MUDA, baru 2 tahun lebih. Namun pelbagai isu melanda parti berkenaan.

Apa yang pelik, krisis dalaman parti pun tidak diselesaikan dengan baik, namun MUDA acapkali membuat gangguan politik.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/08/13/menjelang-dua-tahun-penubuhan-muda/

Wei Jiet mendakwa kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional (BN) sengaja mengumumkan beberapa peruntukan bernilai RM4.6 juta sepanjang tempoh PRU-15 di kerusi Parlimen Tanjung Piai.

Dia mendakwa pengumuman itu merupakan gula-gula pilihan raya dibuat oleh BN yang berselindung di sebalik kerajaan negeri Johor.

Apabila sesuatu yang baik diumumkan oleh kerajaan, Wei Jiet pula cuba mencetuskan naratif negatif. Apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Wei Jiet?

Apabila kerajaan melakukan sesuatu, dituduh pula ada muslihat tertentu. Apabila kerajaan tidak mengumumkan sesuatu, Wei Jiet bising juga.

Pendek kata, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan, tidak memuaskan hati Wei Jiet.

Wei Jiet juga jangan lupa bahawa ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada 2019, beberapa menteri PH juga mengumumkan projek dan sumbangan untuk kawasan Parlimen itu.

Wei Jiet tidak mahu kutuk tindakan mereka? Mengapa apabila kerajaan pimpinan parti lain selain PH, Wei Jiet 'melenting'?

Jangan terlalu buruk sangka dengan tindakan kerajaan, sebaliknya mencari strategi tersendiri untuk meraih undi pengundi.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/11/06/ge15-mudas-tanjung-piai-campaigner-alleges-bn-vote-buying-through-state-govt-allocations/37825

Syed Saddiq tahun lalu mendakwa barisan Kabinet yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah gagal.

Syed Saddiq mendakwa Ismail Sabri tidak melantik individu-individu yang berkebolehan dalam Kabinetnya.

Syed Saddiq dakwa Ismail Sabri mengambil menteri yang mempunyai rekod buruk dalam kerajaan.

Syed Saddiq nampaknya sudah lupa tentang barisan Kabinet PH yang pernah dibentuk selama 22 bulan.

Adakah semua menteri dalam barisan Kabinet PH itu bersih? Apakah Syed Saddiq lupa bahawa Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng masih mempunyai kes mahkamah namun kes itu 'digugurkan' oleh Peguam Negara, Tommy Thomas?

Ketika itu, mengapa Syed Saddiq tidak menyuarakan sebarang pandangan tentang isu tersebut?

Kalau diukur dari segi kegagalan, Kabinet PH lagi gagal daripada Kabinet kerajaan ketika ini.

Tiada bantuan, ramai pekerja kontrak dibuang dan banyak projek kerajaan terdahulu dibatalkan. Apakah itu satu bentuk kejayaan?

Sumber: https://wacana.my/kabinet-gagal-2-0-kata-syed-saddiq/

https://malaysiagazette.com/2022/10/20/pemimpin-ph-sendiri-akui-kerajaan-mereka-gagal/

Syed Saddiq sebelum ini mendakwa UMNO Johor menjadi dalang kepada provokasi dalam insiden ceramah mega MUDA di Muar pada Oktober lalu.

Apakah sebab Syed Saddiq menyerang parti lain tanpa sebarang bukti kukuh?

Dakwaan itu memberikan imej buruk kepada parti lain dan menimbulkan sentimen permusuhan dalam kalangan rakyat.

Anehnya, mengapa Syed Saddiq tidak menyerang parti-parti lain selain UMNO?

Jelas lagi nyata, Syed Saddiq hanya mahu memburukkan UMNO demi menjatuhkan UMNO.

Walhal kita semua sedia maklum bahawa MUDA disokong PH, sebab itu Syed Saddiq tidak menyerang mereka.

Tiba masanya, Syed Saddiq sedar kehadirannya di Johor sememangnya tidak disenangi. Sebelum ini juga, dia dikepung oleh sekumpulan pemprotes sehingga terpaksa panjat pagar.

Ketika itu, dia turut mendakwa UMNO menjadi dalang insiden itu.

Namun kedua-dua insiden itu bagaimanapun dinafikan oleh UMNO dan tuntutan saman serta laporan polis dibuat terhadap Syed Saddiq.

Sumber: https://sarawakvoice.com/2020/02/05/mahu-saman-syed-saddiq/

https://www.sinarharian.com.my/article/226428/berita/politik/tuduh-umno-ganggu-ceramah-syed-saddiq-perlu-mohon-maaf

MUDA sebenarnya hanya membuat gangguan politik pada pihak tertentu sahaja.

Syed Saddiq dan MUDA seharusnya memperbaiki kelemahan parti itu sebelum menyerang mana-mana pihak.

Tidak perlu terlalu memburukkan pihak lain, sebaliknya berpolitiklah secara matang.

Sumbangan dalam negara pun tiada, tapi 'hebat' menuduh sana-sini.

Insaflah MUDA!

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim