Syed Saddiq ‘Penjilat’ Tegar DAP

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seperti semua sedia tahu, begitu mesra dengan DAP.

Malahan, Syed Saddiq juga berkali-kali memuja 'kehebatan' pemimpin DAP secara terang-terangan.

Persoalannya, tergamak Syed Saddiq menyokong 'barua' yang cuba untuk menjajah Malaysia dengan pelbagai ideologi 'bodoh'?

Apa yang DAP buat ketika ini hanya untuk menjatuhkan kerajaan dan mana-mana pihak yang menghalang cita-cita mereka untuk memerintah negara ini.

Apakah Syed Saddiq lupa apa yang berlaku di Singapura? Golongan Melayu seperti Syed Saddiq hanya menjadi boneka kerajaan sedangkan segala keputusan dibuat oleh mereka yang lebih berkuasa.

Sumber: https://www.facebook.com/727154640759875/posts/halimah-presiden-boneka-pap-singapura-1-akhirnya-penyusunan-perancangan-pap-berj/1042820355859967/

https://limguaneng.com/index.php/2017/09/12/halimah-yacob-has-succeeded-for-singapore-where-even-the-united-states-failed-in-electing-the-first-woman-presidentec/

Cukup-cukuplah negara dijajah oleh komunis selama 14 hari dahulu. Kekejaman demi kekejaman ditunjukkan ketika zaman itu.

Sekarang Syed Saddiq pula mahu bekerjasama dengan sang petualang seperti DAP yang cuba menyebarkan dakyah komunisme di negara ini.

Syed Saddiq patut menghormati pengorbanan nenek moyang yang bertungkus lumus membebaskan negara daripada kekejaman komunis, bukannya bersekongkol dengan DAP dan menjadi anjing DAP.

Memang Syed Saddiq tidak layak diangkat sebagai pemimpin muda kalau begini fahaman dan ideologi politiknya.

Hanya kerana mahu memuaskan kepentingan politik peribadinya, Syed Saddiq tidak kisah menggadaikan apa saja termasuklah kesejahteraan rakyat.

Sumber: https://www.airtimes.my/2020/02/07/ngo-dap-ada-kaitan-dengan-komunis-cuba-tukar-agama-rasmi-persekutuan/

Syed Saddiq pernah mengeluarkan kenyataan jelik yang mendakwa Lim Kit Siang adalah negarawan sejati untuk semua rakyat Malaysia.

Negarawan yang cuba menukar agama rasmi Malaysia? Biar betul, Syed Saddiq?

Negarawan yang menyebarkan dakyah komunisme? Fikir balik, Syed Saddiq.

Jangan buat kenyataan lucu semata-mata untuk 'menjilat' DAP. Apa saja sumbangan Kit Siang kepada Malaysia?

Cuba Syed Saddiq senaraikan apa sumbangan Kit Siang kepada negara? Adakah Kit Siang memerdekakan Malaysia? Adakah Kit Siang mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa?

Itukah contoh negarawan yang diagung-agungkan oleh Syed Saddiq? Sedarlah, wahai Syed Saddiq. Jangan terlalu dangkal pemikiran itu.

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/03/20/kit-siang-hero-sebenar-malaysia-syed-saddiq/

Tak cukup sebar dakyah komunisme, DAP menjual kedaulatan negara.

DAP sehingga hari ini tidak mahu mengaku salah dalam soal terlepasnya Pulau Batu Puteh ke tangan Singapura.

Masing-masing buat-buat lupa. Apabila ditanya, masing-masing cuba 'melepaskan tengkuk'.

Habis punah Malaysia akibat kebodohan DAP. Segala aset, kedaulatan dan keselamatan semuanya mahu digadai.

Rakyat Malaysia, tolong jangan bagi peluang kepada DAP mentadbir negara ini.

Hak Bumiputera turut mahu dirampas, bantuan kepada rakyat juga tidak dihulurkan.

Rakyat makin susah, golongan DAP makin kaya-raya. Jangan terpedaya dengan fahaman sesat mereka.

Sumber: https://www.utusan.com.my/rencana/2022/10/sebut-batu-puteh-tiba-tiba-semua-hilang-ingatan/

Syed Saddiq berhentilah menjadi anjing DAP. Tak perlu mengagungkan parti berfahaman komunis.

Kalau Syed Saddiq masih mahu setia bersama DAP, ingatlah bahawa rakyat Malaysia tidak menerima sebarang dakyah yang mampu menjejaskan keamanan negara.

Berundurlah Syed Saddiq daripada arena politik sebelum rakyat jatuhkan anda. Jangan berani bermain dengan api rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim