Posts

Showing posts from January, 2023

Ahmad Zahid Tebal Muka, Enggan Lepas Jawatan

Image
Kebanyakan rakyat masih tidak faham bagaimana Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tebal muka mahu memimpin parti itu meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi. Bagaimana seseorang yang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi boleh menjadi Presiden parti? Disebabkan Ahmad Zahid, UMNO digelar sebagai parti yang cuba 'menyelamatkan' beliau ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu. Atas faktor itu, UMNO tidak lagi menerima sokongan daripada rakyat dan sebaliknya pengundi memilih parti lain sebagai pilihan. Ahmad Zahid seolah-olah tidak mahu ambil peduli bahawa beliaulah yang bertanggungjawab kepada penurunan sokongan orang ramai terhadap UMNO ketika PRU. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/914952/zahid-hamidi-diarah-bela-diri-47-tuduhan-rasuah-dan-jenayah Baru-baru ini, Ahmad Zahid memohon M

MUDA Meludah Ke Langit

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyarankan kerajaan agar mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Ujar kenyataan MUDA, sistem GST lebih menyeluruh dan telus berbanding SST. Sebelum ini, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong pelaksanaan SST. Sekarang, MUDA mahu kerajaan memperkenalkan semula GST? Ibarat meludah ke langit. Bukankah Syed Saddiq patut menolak pelaksanaan SST ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan dahulu? Terbukti, MUDA akhirnya mengakui bahawa GST lebih berkesan dari segi memastikan kestabilan ekonomi negara berbanding SST. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gst-masih-belum-dibincangkan-ahmad-maslan-401253 Bayangkan Malaysia kehilangan RM20 bilion hasil tahunan negara apabila GST dimansuhkan. Malahan Bank Dunia juga mengesahkan bahawa GST lebih baik berbanding SST kerana sistem GST memainkan peranan penting dalam meluaskan asas cukai serta menawark