MUDA Meludah Ke Langit
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyarankan kerajaan agar mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Ujar kenyataan MUDA, sistem GST lebih menyeluruh dan telus berbanding SST.
Sebelum ini, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong pelaksanaan SST.
Sekarang, MUDA mahu kerajaan memperkenalkan semula GST? Ibarat meludah ke langit.
Bukankah Syed Saddiq patut menolak pelaksanaan SST ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan dahulu?
Terbukti, MUDA akhirnya mengakui bahawa GST lebih berkesan dari segi memastikan kestabilan ekonomi negara berbanding SST.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gst-masih-belum-dibincangkan-ahmad-maslan-401253
Bayangkan Malaysia kehilangan RM20 bilion hasil tahunan negara apabila GST dimansuhkan.
Malahan Bank Dunia juga mengesahkan bahawa GST lebih baik berbanding SST kerana sistem GST memainkan peranan penting dalam meluaskan asas cukai serta menawarkan lebih banyak hasil.
Selain itu, Bank Dunia juga mengatakan 170 buah negara seluruh dunia telah melaksanakan sistem GST.
Sewajarnya fakta-fakta ini perlu dibahaskan oleh Syed Saddiq sewaktu PM-7, Tun Dr Mahathir Mohamad 'berdegil' melaksanakan SST.
Malangnya, Syed Saddiq tidak berbuat demikian kerana 'sayangkan' mentornya itu dan mengambil sikap memandang sebelah mata sahaja.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/gst-lebih-baik-daripada-sst-kata-bank-dunia-366090
Syed Saddiq sememangnya tidak memiliki pengalaman luas dalam tadbir urus ekonomi negara serta tidak mempunyai asas pengetahuan kepada sektor ekonomi.
Malah, dia tanpa segan silu mengatakan MUDA mampu menyelamatkan negara daripada kegawatan ekonomi pada tahun ini.
Sedangkan isu mengenai GST dan SST pun tidak khatam betul-betul, ada hati mahu menyelamatkan ekonomi negara.
Terbaharu, Syed Saddiq cuba mengajak rakyat Malaysia melabur dalam matawang kripto pula.
Kalau nak ajak rakyat melabur, biarlah pada saluran yang sebetulnya, Syed Saddiq.
Matawang kripto adalah pelaburan yang rapuh, mudah naik dan mudah turun. Tak semua memiliki wang sebanyak anda.
Matawang kripto juga tidak digalakkan oleh pakar ekonomi negara kerana perubahan pasarannya yang terlalu mendadak.
Rakyat mahukan pelaburan yang terjamin dan selamat, terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana atau rendah.
Apakah itu penyelesaian Syed Saddiq atau MUDA untuk menyelamatkan kegawatan ekonomi negara?
Sumber: https://timebusinessnews.com/syed-saddiq-bitcoin-revolution-review-scam-or-legit/
MUDA juga pada tahun lalu, mendakwa bahawa Dasar Ekonomi Baharu (DEB) disalah guna dan perlu dijauhi.
MUDA mendakwa DEB ini membolehkan projek dan kuota diberikan semata-mata atas warna kulit seseorang, terutamanya untuk golongan kaya.
DEB diperkenalkan bagi mengimbangkan semula struktur sosioekonomi Malaysia pasca-1969.
DEB berjaya meningkatkan taraf hidup golongan Melayu dan Bumiputera sepanjang dilaksanakan.
Namun, dakwaan MUDA itu bersifat berat sebelah dan berbaur sentimen perkauman, seolah-olah MUDA tidak mahu lagi keistimewaan diberikan kepada orang Melayu.
Apakah MUDA sebenarnya mahu mengutamakan kaum-kaum tertentu untuk mendominasi ekonomi?
Bagaimana mahu menyelesaikan isu kegawatan ekonomi kalau sentimen seperti ini masih dimainkan?
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/03/05/jauhi-deb-yang-berasaskan-kaum-kata-calon-muda/
Tuntasnya, MUDA terpaksa akur dengan 'kehebatan' GST bagi menangani masalah ekonomi negara.
SST terbukti tidak berkesan, sebaliknya menambahkan beban kepada rakyat sebelum ini selain merugikan pendapatan negara.
MUDA juga perlu belajar lebih mendalam lagi tentang soal ekonomi dan bukan sewenang-wenangnya mengkritik sebarang polisi atau dasar yang telah dilaksanakan.
Idea Syed Saddiq untuk mengajak rakyat melabur dalam matawang kripto bukanlah satu langkah terbaik.
Sewajarnya, Syed Saddiq dan MUDA perlu mencadangkan sesuatu yang lebih relevan, sejajar dengan situasi kehidupan rakyat ketika ini.

Comments
Post a Comment