Ahmad Zahid Tebal Muka, Enggan Lepas Jawatan

Kebanyakan rakyat masih tidak faham bagaimana Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tebal muka mahu memimpin parti itu meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Bagaimana seseorang yang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi boleh menjadi Presiden parti?

Disebabkan Ahmad Zahid, UMNO digelar sebagai parti yang cuba 'menyelamatkan' beliau ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu.

Atas faktor itu, UMNO tidak lagi menerima sokongan daripada rakyat dan sebaliknya pengundi memilih parti lain sebagai pilihan.

Ahmad Zahid seolah-olah tidak mahu ambil peduli bahawa beliaulah yang bertanggungjawab kepada penurunan sokongan orang ramai terhadap UMNO ketika PRU.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/914952/zahid-hamidi-diarah-bela-diri-47-tuduhan-rasuah-dan-jenayah

Baru-baru ini, Ahmad Zahid memohon Mahkamah Tinggi mengembalikan pasport antarabangsa miliknya secara kekal secepat mungkin.

Beliau membuat permohonan itu atas alasan mahu menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan lancar.

Negara ketika ini memiliki dua Timbalan Perdana Menteri. Sepatutnya Ahmad Zahid tidak perlu runsing tentang soal pentadbiran yang membabitkan urusan keluar dan masuk Malaysia.

Ahmad Zahid boleh menguruskan pentadbiran negara secara dalaman, manakala seorang lagi Timbalan Perdana Menteri mengendalikan hal ehwal di luar negara.

Maka, tiada isu Ahmad Zahid tidak boleh menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan lancar.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1056242/zahid-mohon-pasport-dikembalikan-secara-kekal

Ahmad Zahid merupakan antara figura kluster mahkamah yang didesak oleh rakyat untuk tidak mengetuai apa-apa parti serta jawatan dalam negara.

Di kala rakyat berdepan masalah wang serta ekonomi, Ahmad Zahid menghadapi 47 pertuduhan membabitkan wang.

Sentimen kemarahan rakyat terhadap penyakau seperti Ahmad Zahid amat kuat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Rakyat seboleh-bolehnya mahu Ahmad Zahid dikenakan hukuman setimpal atas perbuatannya memakan wang haram sehingga menjejaskan tadbir urus negara.

Walaupun Ahmad Zahid dilepaskan daripada 40 pertuduhan kes Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebelum ini, namun tingkah lakunya masih diperhati oleh rakyat kerana masih terdapat 47 pertuduhan disabitkan ke atas dirinya.

Sumber: https://premium.sinarharian.com.my/article/213020/fokus/semasa/ahmad-zahid-belum-boleh-tarik-nafas-lega

Ahmad Zahid sememangnya tidak layak memegang sebarang jawatan selagi kes mahkamahnya masih belum selesai kerana akan menjejaskan integriti pentadbiran kerajaan serta reputasi Malaysia.

Selain itu, sebaiknya mana-mana ahli politik yang masih mempunyai kes mahkamah seperti Ahmad Zahid tidak boleh memegang sebarang jawatan eksekutif.

Hal ini kerana sebarang pembebasan akan dilihat sebagai pemberian pengampunan kepada mereka yang di pihak eksekutif, sekalipun jika kes mereka secara meritnya layak dibebaskan.

Situasi berkenaan sekali gus akan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap Jabatan Peguam Negara dan sistem kehakiman.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/234449/khas/rasuah-busters/tidak-wajar-lantik-menteri-daripada-kluster-mahkamah

Ahmad Zahid sepatutnya menunjukkan sikap profesionalisme dengan menolak sebarang pelantikan ke atas dirinya.

Salah atau pun tidak, itu soal kedua. Paling penting, adalah menunjukkan keteladanan yang baik kepada orang ramai.

Disebabkan Ahmad Zahid, UMNO gagal meraih sokongan ramai. Bak kata peribahasa, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Gara-gara Ahmad Zahid, rosak kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan sistem pentadbiran negara.

Kalau tidak malu pada rakyat, malulah pada diri sendiri, Ahmad Zahid!

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim