Mahathir Menggagalkan Orang Melayu


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sering memainkan naratif dia adalah pejuang Melayu yang 'terunggul' di negara ini.

Dia mendakwa Melayu ditindas dan pelbagai lagi dakwaan dikeluarkan untuk menunjukkan dirinya benar-benar memperjuangkan kaum berkenaan.

Persoalannya, kenapa sekarang?

Mengapa ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, Mahathir tidak pernah bersungguh-sungguh memperjuangkan Melayu?
Mahathir tinggalkan pemerintahan negara dengan hidup mewah dan anak-anaknya bertaraf hartawan semuanya.

Ketika Mahathir dan anak-anaknya sedang menikmati kekayaan dengan menaiki pelbagai kereta mewah, masih ada yang terpaksa mengharungi liku-liku sukar pergi ke sekolah.

Ada kanak-kanak yang terpaksa menaiki sampan dan meredah titian usang semata-mata untuk menuntut ilmu di sekolah.

Namun anak-anak Mahathir sejak kecil dilimpahi kemewahan dan tidak pernah merasai kesusahan kerana bapa mereka adalah seorang Perdana Menteri selama dua dekad.

Malah, kesemua kekayaan mereka dibantu oleh pengaruh Mahathir yang memberikan tender-tender projek kerajaan tanpa melalui proses sukar.

Mahathir sendiri berkata 'ada kecenderungan golongan kaya menjadi semakin kaya'.

Mahathir dan anak-anaknya adalah contoh paling terdekat.
Tanah rizab Melayu pun hanya tinggal 17 peratus di bawah pemerintahan Mahathir.

Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang tamat pada 1990 hanya capai 23 peratus pemilikan ekuiti Melayu-Bumiputera.

Dia juga pernah memaksa dan menghalau penduduk Melayu dari Kg. Semarak, Kg. Abdullah Hukum, Kg. Samudera, Kg. Lindungan, Kg. Pantai Luar dan lebih 30 kampung Melayu di Kuala Lumpur.

Mahathir juga yang memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Maternatik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Bahasa Melayu terus diketepikan atas alasan bahasa Inggeris merupakan lingua franca yang wajib dipelajari.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/


Jangan lupa Mahathir juga yang menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu pada zaman pemerintahannya.

Dia yang meminda Perkara 32, 38, 42, 63, 72 dan 181 dalam Perlembagaan bagi menyekat kuasa Raja-Raja Melayu.

Selain itu, siapa yang melakukan bail-out berjumlah lebih RM120 bilion bagi menyelamatkan kroni-kroninya?

Ingat nama-nama seperti Eric Chia, Mirzan Mahathir, Thing Pek Khiing, Tajudin Ramli (MAS) dan lain-lain.

Mereka selamat kerana Mahathir menyalahguna kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan menggunakan duit rakyat untuk bail-out kesemua mereka.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/25/dr-mahathir-minta-maaf-hilangkan-kuasa-agong/


Semua orang disalahkannya. Mahathir kata Melayu adalah pemalas dan mudah lupa.

Dia sebenarnya gagal membangunkan orang Melayu.

Ke mana menghilangnya Masyarakat Perdagangan dan Perniagaan Bumiputera yang Mahathir pernah cuba laksanakan dahulu?

Tak perlu percaya apa yang dikatakan oleh orang tua berkenaan.

Semua naratifnya hanya untuk menutup kerosakan yang dilakukannya dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim

Pemuda PAS 'Terpaling' Perjuang Islam, Sebar Hasutan