Mahathir Contoh Tak Elok Untuk Syed Saddiq


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengatakan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memilih jalan berbeza daripada apa dia bayangkan sebelum ini.

Mahathir berkata Syed Saddiq telah menyimpan daripada laluan yang telah dirancang untuknya.

Laluan apakah yang dimaksudkan oleh Mahathir?

Laluan untuk mengikut jejak langkahnya mementingkan kroni dalam semua perkara dan mengamalkan kepimpinan bercorak kuku besi?

Adakah Syed Saddiq perlu mengikut jejak langkah pemimpin yang korup dan mempunyai banyak sejarah hitam dalam karier politiknya?

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/01/10/syed-saddiq-didnt-follow-path-id-envisioned-for-him-says-dr-m


Hanya ada dua perkara yang diikuti oleh Syed Saddiq daripada Mahathir iaitu menyakau duit dan suka memutar belit fakta.

Syed Saddiq telah disabitkan dengan empat pertuduhan jenayah yang melibatkan pecah amanah, penyalahgunaan dana dan pengubahan wang haram.

Hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi termasuk penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua kali sebatan.

Mahathir juga kerap kali menyakau duit terutamanya wang rakyat menerusi skandal Forex, Perwaja Steel dan 'bail out' syarikat-syarikat kroninya.

Apabila digesa memberi bantuan kepada rakyat, Mahathir memberi pelbagai alasan seperti 'tidak mahu memberi tongkat'.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-didapati-bersalah-tuduhan-pecah-amanah-salah-guna-harta-ubah-wang-haram-445320

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/465894/dr-mahathir-mahu-br1m-dihentikan-sepenuhnya


Bab memutar belit fakta, memang Mahathir dan Syed Saddiq juara.

Mahathir sering kali memutar belit fakta khususnya melibatkan kesalahan yang dibuat olehnya.

Ambil contoh, kes Pulau Batu Puteh dan dakwaan amalan kronisme dalam pemerintahannya.

Syed Saddiq sebelum ini pernah menipu keputusan acara triathlon di Desaru.

Syed Saddiq dikatakan sebenarnya bermain kotor dan tidak layak memenangi tempat ketiga pada acara berkenaan.

Bagaimana Syed Saddiq yang berada di belakang ramai peserta lain sepanjang acara berkenaan, tiba-tiba boleh mendapat tempat ketiga?

Syed Saddiq dikatakan hanya melengkapkan dua kali pusingan kayuhan basikal, walhal perlu melakukan tiga kali pusingan.

Bagaimana peserta terpantas dari Sepanyol mencatatkan rekod kayuhan dalam tempoh 2 jam 31 minit tetapi Syed Saddiq boleh melakukannya dalam masa 2 jam 37 minit?

Syed Saddiq bukanlah atlet profesional seperti peserta Sepanyol itu.
Kalau Mahathir bercakap soal laluan politik Syed Saddiq, dia patut sedar bahawa dia bukanlah contoh terbaik.

Sepatutnya pemimpin muda diberi ruang untuk mencorakkan sendiri karier politik mereka.

Ahli politik veteran seperti Mahathir sehingga kini masih dirundung kontroversi.

Bagaimana pemimpin-pemimpin muda lain mahu mengikut jejak langkah Mahathir?

Manusia hanya akan mengikut teladan daripada contoh yang baik, namun bukan seperti Mahathir.

Mahathir adalah pemimpin yang zalim, mengamalkan kronisme dan korup.
Walaupun Mahathir mengatakan laluan Syed Saddiq adalah berbeza namun kedua-dua mereka ada persamaan.

Sakau duit dan putar belit fakta merupakan 'mainan' mereka.

Bak kata pepatah, manakan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Walaupun berbeza keturunan dan darah daging, namun ajaran Mahathir terhadap Syed Saddiq sudah tentu bukanlah perkara yang baik-baik.

Kalau ajarannya betul, sudah tentu Syed Saddiq tidak terpalit dengan kontroversinya sekarang.

Ini bermakna, sama ada Mahathir atau Syed Saddiq, kedua-duanya tak boleh diharap.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim