Syed Saddiq Akan Hilang Kerusi Muar
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini dikatakan boleh mengekalkan kerusi sekiranya berlaku perpecahan undi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) kelak.
Namun pandangan itu hanya akan berlaku di dunia dimensi yang berbeza buat masa ini.
Meskipun BN dan PH berpecah undi, namun Syed Saddiq sebenarnya dari awal memiliki peluang yang rendah untuk mengekalkan kerusinya.
Kalau dilihat secara teliti, banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kegagalan Syed Saddiq dalam PRU-16. Syed Saddiq dari awal tidak mendapat sokongan yang padu daripada blok kerajaan selepas mengumumkan mahu menjadi kuasa ketiga.
Malahan, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Muar pada Julai lalu, Syed Saddiq tidak dijemput langsung.
Bukankah Syed Saddiq adalah wakil rakyat Muar?
Adalah satu kejanggalan apabila wakil rakyat seperti Syed Saddiq tidak dijemput untuk bertemu dengan Perdana Menteri di kawasan Parlimennya sendiri.
Hal itu membuktikan Syed Saddiq mempunyai hubungan yang lemah dengan Kerajaan Persekutuan.
SUMBER: https://www.hmetro.com.my/utama/2023/09/1008654/kerajaan-hilang-majoriti-dua-pertiga-strategi-arm-twisting-syed-saddiq-pakar
Salah satu sebab mengapa dia tidak dijemput untuk bertemu Perdana Menteri adalah Syed Saddiq kini sibuk dengan kisah percintaannya bersama selebriti.
Setiap hari ada saja 'kisah romantis' yang dipaparkan oleh media massa berhubung mereka berdua.
Adakah Syed Saddiq sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai ahli politik?
Bukankah 'highlight' bagi seseorang ahli politik adalah hasil kerjanya untuk rakyat?
Apakah Syed Saddiq hanya mahu memenuhkan portfolio politiknya dengan kisah percintaannya?
Kelakarnya, apabila fokusnya lebih terarah kepada kisah percintaan, sehinggakan ada projek di Muar yang tergendala menyebabkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi terpaksa masuk campur.
Syed Saddiq seolah-olah tiada visi yang jelas untuk rakyat Muar.
SUMBER: https://malaysiatribune.news/berita-semasa/bukan-sebab-syed-saddiq-projek-tmiyc-muar-diteruskan-hannah-yeoh/
Syed Saddiq juga banyak membuang masa dengan kes mahkamahnya.
Disebabkan kes mahkamahnya juga, Syed Saddiq berdepan persepsi dia adalah seorang politikus yang korup.
Meskipun dia didapati tidak bersalah, namun masih ada yang meragui kredibilitinya untuk memegang amanah sebagai wakil rakyat.
Selain itu, parti politiknya iaitu MUDA sehingga kini tidak mendapat sebarang sokongan daripada gabungan utama.
MUDA tidak memiliki hala tuju yang jelas dalam politik peringkat nasional dan masih terumbang-ambing mencari pemimpin baharu selepas Syed Saddiq meletakkan jawatan.
Rekod MUDA dalam beberapa pilihan raya memberi gambaran jelas tentang sejauh mana kemampuan parti itu berbanding parti-parti utama lain.
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/11/perjuangan-muda-kabur-hala-tuju-fokus-kata-pakar
Syed Saddiq turut lebih fokus kepada perangainya yang suka menunjuk.
Gara-gara perangainya itu, dia sanggup menipu keputusan triathlon di Desaru pada tahun lalu.
Bagaimana Syed Saddiq yang berada di belakang ramai peserta lain sepanjang acara berkenaan, tiba-tiba boleh mendapat tempat ketiga?
Syed Saddiq dikatakan hanya melengkapkan dua kali pusingan kayuhan basikal, walhal perlu melakukan tiga kali pusingan.
Bagaimana peserta terpantas dari Sepanyol mencatatkan rekod kayuhan dalam tempoh 2 jam 31 minit tetapi Syed Saddiq boleh melakukannya dalam masa 2 jam 37 minit?
Syed Saddiq bukanlah atlet profesional seperti peserta Sepanyol itu.
Sewaktu acara IronMan di lokasi yang sama beberapa bulan sebelum itu, Syed Saddiq mencatat rekod 3 jam 31 minit.
Bagaimana dia dengan angkuhnya memuat naik hantaran di laman media sosialnya rasmi tentang 'kemenangannya' itu?
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1269480/syed-saddiq-akui-tersilap-dalam-triathlon
Peluang untuk Syed Saddiq kekalkan kerusi Parlimennya sangat rendah apabila mengambil kira semua faktor itu.
Satu lagi perkara yang perlu diambil kira, Syed Saddiq tidak menang di Muar atas kapasiti sendiri.
Dia banyak dibantu oleh PH pada 2018 dan 2022.
Rakyat Muar perlu sedar Syed Saddiq lebih sibuk dengan kisah peribadinya berbanding membentangkan visi yang jelas di kawasan Parlimen itu.
Sudah tiba masanya untuk penduduk Muar menerima wakil rakyat baharu pada PRU-16.






Comments
Post a Comment