Papagomo Kalah Saman Fitnah Lagi!
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo sekali lagi diarahkan membayar ganti rugi untuk kes saman fitnah. Kali ini kes saman fitnah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anak lelakinya. Papagomo diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM280,000. Itulah padahnya apabila sering mereka-reka cerita dan menabur fitnah kepada semua orang. Ini bukan kali pertama Papagomo diarahkan membayar denda kerana kes seumpamanya. SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1560802/papagomo-diarah-bayar-ganti-rugi-rm280000-kepada-guan-eng-anak?source=widget Pada 29 April 2024, Papagomo ditahan polis dan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana membuat hantaran berbentuk hasutan berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd yang menjual stokin tertera kalimah ‘Allah’ mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di laman X miliknya. Kenyataan itu dikesan dalam satu hantaran video berdurasi dua minit 4...