Papagomo Kalah Saman Fitnah Lagi!

Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo sekali lagi diarahkan membayar ganti rugi untuk kes saman fitnah.

Kali ini kes saman fitnah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anak lelakinya.

Papagomo diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM280,000.

Itulah padahnya apabila sering mereka-reka cerita dan menabur fitnah kepada semua orang.

Ini bukan kali pertama Papagomo diarahkan membayar denda kerana kes seumpamanya.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1560802/papagomo-diarah-bayar-ganti-rugi-rm280000-kepada-guan-eng-anak?source=widget

Pada 29 April 2024, Papagomo ditahan polis dan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana membuat hantaran berbentuk hasutan berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd yang menjual stokin tertera kalimah ‘Allah’ mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di laman X miliknya.

Kenyataan itu dikesan dalam satu hantaran video berdurasi dua minit 46 saat yang memaparkan Papagomo didakwa mempersoalkan tindakan Agong bertemu pemilik kedai serbaneka KK Mart di Istana Negara.

Bagaimana seseorang yang kononnya memperjuangkan kaum Melayu cuba meniup api kebencian terhadap institusi diraja atau Raja-Raja Melayu?

Dia langsung tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan menganggap Baginda sebagai musuh peribadinya.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/papagomo-didenda-rm4000-kerana-hasut-datangkan-kebencian-terhadap-agong

Bukan itu sahaja, mahkamah memerintahkan Papagomo membayar ganti rugi RM800,000 serta kos guaman RM500,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah.

Papagomo didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blognya.

Dalam kes berasingan, Papagomo diperintahkan membayar ganti rugi am RM200,000; ganti rugi teladan RM300,000 dan kos guaman RM50,000 kepada seorang ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor kerana menyiarkan penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.

Sementara itu, Papagomo juga diarahkan membayar kos guaman RM20,000 kepada seorang peguam, Datuk Sukri Mohamed bagi prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah menyiarkan artikel berbaur fitnah.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-ibrahim-menang-kes-saman-terhadap-blogger-papagomo-30983

Papagomo memang dikenali sebagai seorang yang kerap menyebarkan fitnah dan hasutan di negara ini.

Salah satu kes yang popular adalah dia ditahan selepas menyebarkan sekeping gambar mangsa kemalangan tetapi mendakwa merupakan mangsa insiden rusuhan Low Yat pada 2015.

Walhal, insiden rusuhan di Low Yat itu adalah akibat kes kecurian seorang individu di salah sebuah kedai telefon bimbit.

Ketika ini, dia bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergabung untuk kononnya memperjuangkan kaum Melayu.

Sedangkan Mahathir sendiri gagal memperjuangkan orang Melayu sejak berdekad lamanya dan bekas Perdana Menteri itu juga yang memecah belah komuniti Melayu apabila kerap melompat parti selain mengkritik orang Melayu.

Besar impaknya kepada Malaysia kalau Papagomo kerap memainkan sentimen perkauman.

Apa yang Papagomo akan peroleh dengan bermain sentimen perkauman? Perjuangan untuk orang Melayu sangat meluas.

Perlukah melaga-lagakan antara kaum di Malaysia semata-mata kepentingan politik peribadi?

SUMBER: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/07/15/papagomo-ditahan

Berhentilah menabur fitnah dan hasutan kepada semua orang.

Berhentilah juga menyebarkan retorik perjuangan Melayu yang tidak ke mana-mana.

Papagomo sebenarnya hanyalah boneka kepada Mahathir untuk menyerang sesiapa sahaja yang mereka tidak suka.

Tak perlu lagi mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut Papagomo.

Kalau apa yang diperkatakan adalah benar, mustahil dia kerap kali disaman dan diarahkan membayar ganti rugi.

Rakyat perlu bijak menilai retorik yang dibawa oleh individu seperti Papagomo.

Jangan mudah termakan dengan kata-kata yang penuh dengan hasutan dan fitnah oleh individu seperti Papagomo.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Musuh Kestabilan Negara

Syed Saddiq Akan Hilang Kerusi Muar

Mahathir Menggagalkan Orang Melayu