Posts

Showing posts from July, 2026

Di Sebalik Skandal Jana Wibawa Muhyiddin

Image
Kisah gelap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mulai terbongkar apabila pendedahan di sebalik program Jana Wibawa ketika era Covid-19 membawa kepada kes mahkamah. Program yang pada awalnya diperkenalkan sebagai inisiatif rangsangan ekonomi susulan pandemik Covid-19, akhirnya menjadi salah satu skandal kewangan terbesar negara. Inisiatif tersebut pada mulanya bertujuan meningkatkan kapasiti kontraktor Melayu-Bumiputera dalam industri pembinaan agar lebih berdaya saing selepas pandemik. Terdapat 56 projek di bawah program Jana Wibawa yang bernilai kira-kira RM6.3 bilion. Namun, semuanya terbongkar menerusi penahanan seorang individu.  SUMBER: https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=103&contentid=2800&cat=TOC   Individu itu yang dikenali sebagai Adam Radlan, dikatakan menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan PN bawah Pakej Rangsangan Ekonomi. Adam bersama-sama beberapa individu lain menjadi dalang kepada beberapa syari...

Hanya Anak-Anak Mahathir Berstatus Hartawan

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mencabar sesiapa sahaja untuk memberi bukti bahawa dia dan keluarganya membolot kekayaan di negara ini. Mahathir mendakwa, sangat mudah membuat tuduhan namun jika tidak disertakan bukti, dakwaan itu bersifat fitnah. Mahathir turut mendakwa orang Melayu kian miskin selepas dia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Sekiranya Mahathir memerlukan bukti, begitu banyak bukti yang terpampang di Internet. Cuma sama ada Mahathir mahu mengakuinya atau tidak sahaja sekarang ini. Pada 1990-an, Asiaweek menilai pegangan Mirzan dalam syarikat awam sahaja melebihi AS$880 juta. Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992. Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB). Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-...