Annuar Zaini Sudah Tidak Relevan, Patut Bersara
Annuar Zaini tidak asing dengan kontroversi, memandangkan Sultan Kelantan pernah menarik balik darjah kebesaran pada tahun 2019 tanpa memberi sebab. Kita hanya boleh meneka perbuatannya yang menyebabkan tindakan sebegitu. Biasanya darjah kebesaran ditarik balik disebabkan perbuatan salah atau jenayah yang menjejaskan reputasi institusi diraja. Disini dia telah dikaitkan dengan peristiwa peletakan jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V. Apakah ini manipulasi yang membawa kesan yang negatif terhadap negara dan membuka ruang untuk masalah kestabilan politik negara?
Sumber: https://bebasnews.my/2019/03/03/sultan-kelantan-lucut-pingat-annuar-zaini-adakah-beliau-perancang-utama/
https://www.sinarharian.com.my/article/16066/EDISI/Kelantan/Istana-Kelantan-tarik-balik-Darjah-Kebesaran-Mohd-Annuar-Zaini
Memandangkan Annuar Zaini merupakan seorang Ahli Dewan Negara Negeri Perak, dia sepatutnya faham akan peranan institusi diraja dan kepentingan untuk menjaga namanya supaya tidak terpalit dalam apa-apa salah laku. Masalahnya timbul apabila orang yang sepatutnya bertanggungjawab dan berintegriti menjadi punca masalah.
Lebih-lebih lagi, Annuar Zaini sering diheret masuk dalam isu-isu politik. Walaupun akhirnya kenyataan yang dihubungkait dengannya dibuktikan sebagai palsu, perlu kita faham mengapa namanya sering dipetik untuk dijadikan “mangsa”. Adakah ini menunjukkan bahawa Annuar Zaini sebenarnya mempunyai lidah tajam yang sering menyinggung perasaan orang ramai sehingga banyak mempunyai musuh? Annuar Zaini tidak patut menjaga tepi kain orang lain, sedangkan di negerinya sendiri pelbagai masalah timbul khususnya dengan situasi politik kini yang kurang stabil. Nampaknya pengaruh itu bagai pedang dua mata, boleh digunakan untuk kebaikan atau disalahguna untuk memanipulasi keadaan untuk keuntungan diri. Bagi Annuar Zaini, mungkin sering dia cuba menggunakan pengaruhnya untuk keuntungan diri sambil berselindung di belakang institusi diraja.
Apakah jasanya terhadap negeri Perak? Adalah seperti dia tak pernah buat apa-apa pun demi pembangunan negeri Perak, malah ada sahaja laporan berita yang menunjukkan bahawa Annuar Zaini ini sering menjadi penggerak politik Perak disebalik tabir. Sudah tiba masanya manipulasi sebegini dihentikan.
Raja dan rakyat tiada berpisah, akan tetapi perlu tahu bahawa sistem beraja perlembagaan menyifatkan untuk mengasingkan institusi diraja daripada kekotoran politik. Buat apa Annuar Zaini ini dalam cubaan melibatkan diri dalam politik dengan menggunakan nama institusi diraja? Ini sangat bahaya bagi negeri Perak dan secara tidak langsung, seluruh negara. Ada juga yang berkata semua kenyataan yang dikeluarkan oleh istana Perak adalah tulisan Annuar Zaini. Jika benar maka sebenarnya siapa yang membenarkan perkara ini berlaku?
Isu perlantikan Dato Seri Ismail Sabri sebagai PM Malaysia juga menjadi isu yang dikaitkan dengan Annuar Zaini apabila ada percubaan oleh Annuar Zaini dan Datuk Indera Ahmad Fadil untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri. Percubaan seperti ini jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan amalan sistem demokrasi di Malaysia.
Sumber - https://malaysiadateline.com/raja-petra-serang-istana-dakwa-agong-mahu-anwar-dilantik-timbalan-pm/
Baik Annuar Zaini berdiam sahaja daripada mengeluarkan kenyataan dan pendapatnya yang kurang bernilai mahupun diterima oleh mana-mana pihak. Pengaruhnya yang besar di Perak pun dibazirkan dengan agenda-agenda politik yang hanya mementingkan dirinya sendiri. Agaknya sudah tiba masa untuk Annuar Zaini bersara dan memberi laluan kepada individu yang akan memastikan institusi diraja kekal relevan dan berintegriti.

Comments
Post a Comment