Gamuda Untung Besar, Perak Dapat ‘Durian Runtuh’

Syarikat pembinaan terbesar Malaysia, Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM152.37 juta pada suku pertama berakhir 31 Oktober 2021 berbanding RM110.3 juta bagi tempoh sama pada tahun kewangan sebelumnya.

Malah, Gamuda dijangka mencatat hasil dan pendapatan yang lebih baik tahun kewangan berakhir 31 Julai 2022 susulan prospek sektor pembinaan yang kembali pulih tahun ini.

Syarikat tersebut juga dijangka muncul antara pilihan utama bagi tender MRT3 yang ditawarkan pada Mei.

Sumber: https://dagangnews.com/gamuda-dijangka-raih-manfaat-paling-besar-dalam-projek-mrt3-14105

https://thekapital.my/untung-bersih-gamuda-meningkat-kepada-rm152-37-juta-pada-suku-pertama/

Makin untung Gamuda. Bertuah siapa yang memiliki syarikat itu.

Apabila diselongkar, pengarah syarikat berkenaan adalah salah seorang kerabat diraja Perak iaitu Raja Eleena.

Raja Eleena ini adinda kepada Sultan Perak ketika ini iaitu Sultan Nazrin Shah.

Raja Eleena ini merupakan pemegang saham paling besar di Generasi Setia (M) Sdn Bhd dan secara tidak langsung merupakan salah seorang pemegang saham paling besar di Gamuda Berhad.

Raja Eleena dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Gamuda pada 1 Jun 1992.

Beliau pernah dinobatkan sebagai individu yang ke 25 paling kaya di Malaysia pada tahun 2008 dengan jumlah aset yang bernilai lebih daripada 228 juta USD dan secara tidak langsung, Raja Eleena adalah wanita kedua paling kaya di Malaysia di belakang Puan Sri Chong Chook Yew.

Gamuda Berhad pernah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion oleh kerajaan. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuh raya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Sudah kaya, bertambah kaya kerabat diraja Perak.

Sumber: https://www.orangperak.com/puteri-perak-wanita-melayu-paling-kaya-di-malaysia.html

https://www.malaysia-today.net/2009/10/19/why-the-pakatan-rakyat-government-was-brought-down-in-perak-updated-with-malay-translation/

Salah satu projek kontroversi yang melibatkan Gamuda adalah projek landasan berkembar kereta api antara Ipoh ke Padang Besar bernilai RM12.485 bilion pada 2008.

Projek tersebut tertangguh beberapa kali apabila menghadapi masalah di Seberang Prai, Pulau Pinang.

Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan berhenti kerja sebanyak dua kali terhadap Gamuda.

Kali pertama apabila kecuaian Gamuda menyebabkan benteng sungai pecah dan air membanjiri kawasan pertanian.

Gamuda diarah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu iaitu Lim Guan Eng untuk membayar pampasan sebanyak RM 7 juta kepada para petani.

Kali kedua pula setelah Gamuda gagal mengemukakan pelan reka bentuk projek tersebut kepada kerajaan Pulau Pinang.

Sumber: https://www.theborneopost.com/2010/11/13/p-pinang-arah-hentikan-kerja-landasan-berkembar-kerana-bimbang-banjir/

https://media-nt.blogspot.com/2008/12/ketua-menteri-arah-gamuda-henti-kerja.html

Susulan penangguhan itu, Kementerian Pengangkutan terpaksa menanggung kos tambahan berjumlah RM3.6 bilion.

Pengauditan yang dijalankan antara Jun hingga September 2011 oleh Kementerian Pengangkutan mendapati keseluruhan pelaksanaan projek dijalankan adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan.

Dua lanjutan masa selama 669 hari meningkatkan kos keseluruhan projek dengan kenaikan yuran perunding.

Namun tolak tepi soal kos itu. Projek itu didakwa merupakan pemberian kerajaan kerana Raja Eleena merupakan kawan baik kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/10/15/audit-2011-landasan-berkembar-ipohpadang-besar-telan-kos-tambahan-rm36-bilion

http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/02/raja-eleena-sultan-azlan-shah.html

Kalau dilihat, sana sini projek Gamuda sedang berjalan. Sebut sahaja bentuk projek, daripada rumah sehinggalah bangunan pencakar langit.

Malah, Gamuda juga memiliki kepentingan dalam empat konsesi tol iaitu Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).

Kerajaan PH dahulu sehingga pernah menawarkan RM6.2 bilion kepada Gamuda untuk mengambil alih keempat-empat konsesi itu.

Kalau semua dibolot oleh Gamuda, makin bertambah kayalah kerabat diraja Perak. Tidak cukupkah dengan kekayaan yang diperoleh?

Yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin ditindas.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-tawar-gamuda-rm62-bilion-untuk-ambil-alih-empat-lebuh-raya-bertol-210748

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim