PEJUANG Dan MUDA Terdesak Mendepani PRU-15?

Sejak akhir-akhir, banyak kenyataan dikeluarkan oleh parti Pejuang untuk membentuk kerjasama dengan parti lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, langkah itu dibuat bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Pejuang bagaimanapun gagal meraih sebarang dalam 42 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Johor selain kehilangan wang deposit.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2022/06/962530/pru15-pejuang-jangka-bentuk-gabungan-besar-dengan-ngo-profesional

Mahathir sedar bahawa beliau sudah tidak mendapat sokongan daripada rakyat, malahan juga blok pembangkang.

Selepas Mahathir keluar daripada Pakatan Harapan (PH), beliau terus menerus menyerang para pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Tindakan Mahathir itu hanya merendahkan lagi peratusan sokongan kepada beliau. Maka, Mahathir menggunakan strategi baharu bagi memastikan Pejuang dapat meraih kemenangan pada PRU-15.

Mahathir juga menyedari Pejuang yang baru ditubuhkan pada Ogos 2020 kesuntukan masa untuk meraih kembali sokongan rakyat terhadap beliau khususnya.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/06/03/forget-pejuang-if-dr-m-cant-accept-anwar-says-guan-eng/

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/06/03/dr-mahathir-says-yes-to-big-tent-but-no-to-anwar-or-muhyiddin-at-the-top/10441

Sebagai anak kepada figura terkemuka negara, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disifatkan tidak memiliki aura seperti bapanya.

Malahan, Mukhriz tidak terbukti kredibilitinya memegang jawatan terpenting dalam kerajaan.

Ketika memegang jawatan Menteri Besar Kedah, beliau ditolak dan dijatuhkan sebanyak dua kali.

Situasi itu mencerminkan kegagalan dan ketidakupayaan Mukhriz sebagai pemimpin.

Mukhriz hanya dapat memimpin Kedah hasil 'bantuan' daripada Mahathir dan bukannya memegang jawatan tersebut berdasarkan keupayaannya.

Maka, Pejuang sebenarnya tidak memiliki figura yang dapat menarik sokongan rakyat ketika ini.

Sumber: https://therakyatinsight.com/jadi-mb-kedah-pun-gagal-dua-kali-mukhriz-tak-layak-cakap-pasal-anwar-ph/

https://www.astroawani.com/berita-politik/pengguguran-mukhriz-disebabkan-gagal-tadbir-negeri-rahman-dahlan-148629

Tempoh 22 bulan berada di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ditadbir oleh Mahathir bukanlah sesuatu yang mudah dilupakan oleh rakyat.

Janji PH yang tidak ditunaikan selain kesan buruk yang dialami oleh rakyat dalam tempoh selama 22 bulan membuatkan rakyat serik.

Hutang negara bertambah, kos sara hidup dan harga barang meningkat, banyak projek yang sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat tidak diteruskan dan bantuan kepada rakyat ditarik balik.

Itu tidak termasuk isu ICERD dan sebagainya lagi. Pendek kata, banyak peristiwa yang dicetuskan oleh para pemimpin PH ketika itu mengundang kemarahan rakyat.

Sudah tentu, rakyat marah kepada Mahathir kerana beliau adalah Perdana Menteri yang dipilih.

Tambahan pula, kenyataan Mahathir yang mengatakan manifesto PH bukan kitab suci membangkitkan lagi kemarahan rakyat

Rakyat mengharapkan Mahathir akan membawa Malaysia ke arah lebih baik namun sebaliknya berlaku. Dalam tempoh setahun sahaja pemerintahan PH, sokongan rakyat merosot kepada 39% sahaja.

Angka itu jelas menunjukkan Mahathir gagal membawa sinar baharu kepada pentadbiran negara.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/25468/BERITA/Nasional/Sokongan-terhadap-PM-kerajaan-PH-merosot

https://www.scmp.com/week-asia/opinion/article/2177926/anxieties-about-mahathirs-new-malaysia-go-deeper-race

Seperti semua sedia maklum, Mahathir masih obses untuk berkuasa dalam arena politik tempatan. Meskipun umurnya memasuki 97 tahun, namun Mahathir dilihat tidak 'puas' selagi tidak dapat merampas semula pentadbiran kerajaan.

Malah, beliau juga ingin melihat Mukhriz memegang jawatan terpenting dalam Kabinet.

Sebelum ini, Mahathir sanggup menjalinkan hubungan baik dengan 'musuh politiknya' iaitu Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sebelum PRU-14.

Kali ini, Mahathir menggunakan strategi hampir sama dan sanggup menurunkan egonya semula untuk bekerjasama dengan parti lain serta NGO.

Sumber: https://sarawakvoice.com/2016/09/28/perdana-menteri-malaysia-mahathir-pilih-muhyiddin-pakatan-harapan-pilih-anwar/

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2016/03/131542/mahathir-mahu-mukhriz-jadi-pm-puad-zarkashi

Selain Pejuang, parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang dipimpin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain.

MUDA berdepan situasi sama seperti Pejuang. Kedua-dua parti masih belum terbukti mampu membawa harapan rakyat.

Kedua-dua parti juga dipimpin oleh mereka yang dikecam hebat oleh rakyat. Syed Saddiq sendiri terpalit pelbagai isu sewaktu menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Beliau juga pernah berdepan dakwaan pecah amanah dan salah guna wang sumbangan Bersatu.

Melihat kegagalan Syed Saddiq yang tidak memberikan sebarang sumbangan ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan, rakyat tidak lagi meletakkan sebarang kepercayaan kepadanya.

Karakter 'hero rakyat' yang cuba dibawa oleh Syed Saddiq di media sosial tidak diterima baik oleh rakyat.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/842005/syed-saddiq-didakwa-pecah-amanah-salah-guna-wang

Tuntasnya, sama ada Pejuang atau MUDA, kedua-dua parti sebenarnya tidak relevan untuk bertanding pada PRU-15 selagi perkara yang diperkatakan di atas masih wujud.

Kedua-dua parti perlu mengubah kepimpinan sedia ada, berikan kepada individu yang lebih dipercayai dan mempunyai rekod politik yang baik.

Rangka strategi yang realistik untuk rakyat, bukan sekadar mahu tunjuk hebat tapi hakikatnya ibarat tin kosong. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim