MUDA Tunjuk Bukti Jelas Parti Itu Bersifat Hipokrit

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) seperti semua sedia maklum merupakan 'parti komponen' di bawah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

MUDA mendukung aspirasi pergerakan Mahathir dalam merevolusikan sistem pentadbiran negara yang mahu dibentuk oleh beliau selain cuba menambat hati pengundi belia melalui penubuhan parti ini.

Kita boleh lihat para pemimpin MUDA seperti Syed Saddiq dan Amira Aisya begitu lantang mengkritik kerajaan ketika ini tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang menjatuhkan Mahathir.

Jelas sekali, MUDA hanya bergerak sebagai penyokong buat Mahathir dalam 'merampas' kembali kuasa pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/parti-muda-ujikaji-politik-atau-klon-pkr-20-346614

Namun, baru-baru ini, satu perkara aneh berlaku dalam senario politik negara, apabila parti MUDA menyertai Program Kepimpinan Razak.

Ironinya, program itu merupakan cetusan idea Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak iaitu adik kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walhal, Syed Saddiq dan Najib saling 'berperang mulut' di media sosial sejak akhir-akhir ini di media sosial.

Nazir juga merupakan antara individu yang dikaitkan mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

MUDA bagaimanapun menganggap Nazir sebagai 'ikon pembaharuan', sedangkan parti itu sebelum ini begitu lantang mahu melawan rasuah.

Tindakan MUDA menyertai program itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk penyokong parti tersebut.

Ada pihak mengatakan MUDA menyampaikan mesej yang salah dengan menyertai program tersebut.

Sumber: https://twitter.com/limweijiet/status/1559155571009343488?ref_src=twsrc%5Egoogle%7Ctwcamp%5Eserp%7Ctwgr%5Etweet

Sekiranya anda mengikuti perjalanan MUDA dari awal sampai akhir, hala tuju perjuangan MUDA belum jelas.

Ambil contoh, MUDA dalam laman sesawangnya mengatakan parti itu merupakan tunjang kepada langkah-langkah untuk melaksanakan anti lompat parti.

Bagaimanapun, sewaktu Syed Saddiq bernaung di bawah Bersatu, beliau merupakan individu yang mengalu-alukan kehadiran Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam parti berkenaan.

Malah, Syed Saddiq pernah mempelawa Khairy Jamaluddin untuk menyertai Bersatu pada 2019.

Meskipun Syed Saddiq mendakwa beliau bukanlah katak politik, tetapi beliau pernah menyokong 'katak politik'.

Kenyataannya yang menolak katak politik hanya dilontarkan selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Syed Saddiq juga pernah membawa masuk Nurainie Haziqah, yang berada dalam tiga buah parti berbeza dalam tempoh 4 tahun terakhir.

Baru-baru ini, Syed Saddiq tampil dalam video klip lagu penyanyi rap, Namewee berjudul Katak dengan cuba menyampaikan mesej bahawa beliau bukan katak politik seperti didakwa kebanyakan pihak.

Sayangnya, sekali lagi Syed Saddiq hanya 'memalukan' dirinya sendiri. Tindakan beliau itu bersifat hipokrit di mata para pemerhati politik tempatan kerana gagal untuk bertindak seperti yang diperjuangkan.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/02/12/my-focus-is-helping-muda-in-johor-polls-says-nurainie/

https://malaysiagazette.com/2022/05/29/maaf-saya-bukan-katak-politik-syed-saddiq/

Pengasas bersama parti itu, Lim Wei Jiet pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Dasar Ekonomi Baharu (DEB) hanya berasaskan kaum.

Dakwanya, DEB 'membenarkan' projek dan kuota diberikan mengikut warna kulit. Sebenarnya, mesej yang cuba disampaikan oleh Wei Jiet adalah DEB hanya mementingkan golongan Melayu dan Bumiputera.

Kenyataan Wei Jiet itu adalah tidak benar pada asasnya. Menurut statistik tahun 2021, masyarakat Melayu terdiri daripada 58.4% penduduk Malaysia yang berstatus miskin tegar, berbanding dengan 4.5% masyarakat India dan 2.9% masyarakat Cina.

Statistik tersebut menunjukkan pelaksanaan DEB masih berlandaskan polisi mengikut keperluan dan bukan mengikut warna kulit semata-mata.

Selain itu, sebanyak 71.6% golongan Bumiputera di negara ini mempunyai jumlah pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

Jika DEB dihapuskan, maka golongan Bumiputera akan terus dibelenggu kemiskinan. Maka, tidak wajar bagi Wei Jiet mengeluarkan kenyataan sedemikian demi melindungi kepentingan kaum tertentu.

Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/closer-look-latest-data-ethnic-income-gap

https://premium.sinarharian.com.my/article/153775/sinar360-/infografik/melayu-paling-ramai-miskin-tegar

Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz juga berdepan kritikan apabila tindakannya mengutuk pembangunan Kelantan, tidak disambut oleh segelintir pihak.

Selain itu, beliau juga didakwa seolah-olah meneruskan perjuangan DAP sebelum ini yang sering mencari salah pihak lain.

Malahan, Amira Aisya disarankan agar menumpukan lebih perhatian kepada isu yang membelenggu kawasan Parlimennya iaitu Puteri Wangsa.

Amira Aisya turut dikritik kerana gagal menjalankan tugasnya dengan baik sebagai ahli Parlimen Puteri Wangsa ketika insiden kebakaran Felda Tebrau pada Mac lalu.

Sebagai ahli politik baharu dan merupakan antara anggota MUDA yang memegang kerusi Ahli DUN (ADUN), seharusnya Amira Aisya menunjukkan personaliti yang menonjolkan imej baik MUDA.

Malangnya, Amira Aisya gagal berbuat demikian ketika parti itu diselubungi skandal rasuah Syed Saddiq dan beberapa kontroversi lain.

Amira Aisya seharusnya perlu menyedari bahawa kemenangannya di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tempoh hari merupakan 'belas ihsan' DAP dan jawatan itu bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik.

Untuk menambat hati pengundi, fokus Amira Aisya sepatutnya adalah menyantuni isu rakyat di DUN sendiri, bukan mencari salah pihak lain.

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/31/apabila-adun-muda-johor-sibuk-serang-kelantan/

Kita boleh lihat bahawa MUDA sebenarnya masih tidak tahu arah tuju mereka. Mereka hanya bertindak mengikut arahan pihak tertentu dan tidak berjuang mengikut paksi perjuangan yang sebenarnya.

Bagi MUDA yang mahu menarik golongan belia 'meminati' mereka, sedarlah bahawa anak-anak muda negara ini semakin bijak membuat pilihan.

Anak-anak muda kini lebih mengetahui hala tuju negara dalam memilih seseorang ahli politik atau menyokong sesebuah parti.

Untuk 'survive' dalam dunia politik masa kini, MUDA seharusnya perlu muhasabah diri dan mencari identiti sendiri tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim