Muhammad Sanusi Elok Berhenti Jadi MB
Telatah dan kata-katanya yang mencuit hati sering kali 'menghiburkan' warganet.
Muhammad Sanusi sepatutnya masuk pertandingan seperti Raja Lawak untuk kembangkan bakat komedinya.
Jadi menteri pun tidak guna, lebih banyak kegagalan yang dibuat daripada kejayaan.
Bukan satu, tapi sudah banyak kegagalan yang dicatatkan sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/586246
https://www.sinarharian.com.my/article/154295/BERITA/Politik/Saya-hanya-bergurau-dengan-wartawan-MB-Kedah
Tergamak Muhammad Sanusi melabelkan gerakan itu sebagai gerakan berunsur politik, di kala rakyat semakin memerlukan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Adakah Muhammad Sanusi tidak tahu berapa lama kehilangan punca pendapatan sewaktu Covid-19 melanda Malaysia?
Sepatutnya Muhammad Sanusi tolak semua prasangka buruk dan bantu rakyat Kedah. Sebagai seorang Menteri Besar, itulah tanggungjawab yang sepatutnya dipikul ketika diberi mandat, bukannya terlalu sibuk memikirkan tentang politik.
Muhammad Sanusi juga seorang yang hanya pandai bercakap di media sosial dan menerusi kenyataan rasmi.
Buktinya, tuntutan Muhammad Sanusi terhadap Pulau Pinang berhubung isu air mentah dari Sungai Muda tidak pernah dikemukakan secara rasmi kepada kerajaan Pulau Pinang.
Jelas sekali, Muhammad Sanusi hanya pandai sembang, tapi umpama tin kosong yang tiada isi di dalamnya.
Adakah Muhammad Sanusi tidak tahu bahawa untuk membuat sebarang tuntutan kepada kerajaan negeri lain atau Kerajaan Pusat, perlu dibuat menerusi saluran rasmi?
Adakah Muhammad Sanusi menganggap sebarang urusan rasmi kerajaan adalah semudah membeli teh tarik daripada kedai mamak?
Muhammad Sanusi tidak menunjukkan profesionalisme sebagai seorang Menteri Besar. Sewajarnya beliau patut malu apabila gagal menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat Kedah.
Muhammad Sanusi yang memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dikatakan menjadi punca kepada penghijrahan beberapa pemain ternama seperti Baddrol Bakhtiar ke pasukan lain.
KDA FC juga sempat terpalit dengan isu tunggakan gaji pemain meskipun dinafikan oleh pihak pengurusan kelab berkenaan.
Baru-baru ini, Muhammad Sanusi menjadi sindiran warganet kerana mengatakan pemain import KDA FC pandai bercakap loghat negeri itu.
Apa sebenarnya cuba dibuktikan oleh Muhammad Sanusi dengan melontarkan jenaka sedemikian? Sudahlah pasukan dihimpit masalah prestasi, masih ada masa untuk berjenaka pula.
Rasanya lebih Muhammad Sanusi fokus kepada isu dalaman KDA FC berbanding hanya pandai melawak dan berkata-kata.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2022/04/836252/kedah-cemas-prestasi-merosot
Sasaran 25 pingat emas yang disasarkan sebelum kejohanan tidak menjadi kenyataan apabila hanya mampu memungut enam pingat emas sahaja.
Edisi terdahulu menyaksikan Kedah membawa pulang 19 pingat emas namun pencapaian cuma enam pingat emas kali ini menunjukkan kemerosotan kontinjen negeri itu.
Malahan, pasukan bola sepak Kedah juga gagal melepasi peringkat kumpulan, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Muhammad Sanusi sebagai Presiden KFA.
Kegagalan kontinjen Kedah dalam Sukma sekali lagi dijadikan bahan sindiran warganet yang membandingkan Kedah dan Johor yang menjadi pendahulu kejohanan ketika ini.
Ini baru sedikit kegagalan yang dibangkitkan, masih banyak lagi ‘kebodohan’ yang dibuat oleh Muhammad Sanusi.
Bukan sahaja sering beri kenyataan kurang cerdik, malahan gagal menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dan Presiden bola sepak negeri itu dengan baik.
Untuk penggal akan datang, dinasihatkan Muhammad Sanusi berilah jawatan itu kepada orang lain yang berkaliber.
Bukan apa, takut makin menjadi-jadi lawak bodoh Muhammad Sanusi di kemudian hari.
Comments
Post a Comment