PH Dalang Penculikan Warga Palestin

Pakatan Harapan (PH) didakwa bersekongkol dengan ejen perisikan rejim Zionis, Mossad untuk menculik seorang warga Palestin bulan lalu.

Rejim Zionis dilaporkan merekrut seorang tentera upahan tempatan yang juga merupakan seorang penyokong PH untuk menculik warga Palestin di Kuala Lumpur bulan lalu.

Warga Palestin berkenaan merupakan pembangun program komputer yang bekerja dengan kumpulan pejuang Hamas.

Minggu lalu, 11 orang didakwa menculik warga Palestin tersebut dan berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Sumber: https://www.astroawani.com/video-malaysia/ejen-perisikan-mossad-rekrut-warga-malaysia-1992528

https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2022/10/841460/mossad-used-locals-kidnap-palestinian

Antara yang didakwa adalah pasangan suami isteri iaitu Raibafie Amdan and Nidarahayu Zainal.

Berdasarkan perkongsian warganet dan bukti di media sosial,

Nidarahayu dan Raibafie merupakan seorang penyokong kuat PKR dan PH.

Malahan, terdapat gambar Raibafie mengibarkan bendera PKR ketika berada dalam salah satu acara yang dihadiri di luar negara.

Pasangan suami isteri itu juga sering melancong ke luar negara dan menginap di kondominium mewah.

Persoalannya siapakah yang menaja mereka? PH atau pun Mossad?

Sumber: https://www.malaysianow.com/news/2022/10/19/pkr-distances-itself-from-malaysian-mossad-agents-after-photos-of-them-with-party-flag

Nidarahayu merupakan seorang penyiasat persendirian di bawah syarikat Asas Kukuh Security Services (M) Sdn. Bhd.Difahamkan Nidarahayu direkrut oleh Mossad sekitar tahun 2017.

Mossad turut menghantar wanita itu menjalani latihan di luar negara termasuklah Eropah supaya dia mahir dalam perisikan.

Mossad dikatakan memberikan 'gaji' atau 'upah' sebanyak RM120,000 kepada wanita terbabit untuk menculik warga Palestin itu.

Sumber: https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2022/10/841465/malaysian-woman-ran-israeli-spy-ring

Tidak mustahil sekiranya penyokong PKR atau PH terlibat sebagai ejen rejim Zionis memandangkan parti itu sememangnya berniat untuk menjatuhkan kerajaan.

Apatah lagi para pemimpinnya tidak puas untuk memerintah Malaysia selepas gagal menjadi kerajaan selama 22 bulan.

Isu-isu seperti ini boleh dijadikan sebagai senjata untuk PH untuk melemahkan kerajaan terutamanya PRU-15 yang semakin hampir ini.

Tidak mustahil juga PH boleh menggunakan dakwaan kerajaan gagal membendung kemasukan 'penjenayah antarabangsa' ke negara ini bagi mencetuskan naratif berbentuk negatif kepada rakyat.

Sekiranya PH atau PKR benar-benar terbabit, ini merupakan satu perbuatan jenayah yang serius serta menyebabkan keselamatan negara tidak terjamin kerana mudah dicerobohi oleh ejen perisikan asing seperti rejim Zionis.

Sumber: https://sabahkini2.com/en/news/5124/mossad-upah-nidarahayu-penyiasat-persendirian-pro-ph-culik-aktivis-palestin-/view

Lebih elok pihak berkuasa juga membuka kertas siasatan terhadap anggota PH bagi memastikan negara benar-benar 'bersih' daripada rangkaian perisikan asing ini.

Ini baru seorang sahaja yang diketahui terbabit dengan Mossad, mungkin ada lagi agenda jahat PH yang kita tidak tahu.

Cukup-cukuplah aset dan kedaulatan negara digadai oleh PH, takkan kita mahu tengok PH gadai keselamatan rakyat untuk tujuan peribadi mereka?

Keselamatan rakyat adalah isu yang serius dan PH nampaknya tidak peduli dengan semua itu. Lebih elok rakyat tergadai, jangan kuasa mereka tergadai.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim