Hal Tepi Kain Annuar Zaini
Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini sepatutnya tidak mencampuri sebarang urusan melibatkan parti politik di negara ini dan lebih bersikap neutral.
Tahun lalu, beliau mendakwa parti Bersatu Perak berebut jawatan Menteri Besar dengan PAS serta mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN).
Seharusnya, Annuar Zaini menyemak segala fakta atau kesahihan sebelum mengeluarkan dakwaan itu.
Adalah penting untuk memeriksa kebenaran maklumat sebelum menyebarkannya kepada orang lain, terutama apabila berita tersebut mempunyai implikasi yang besar.
Sekiranya tidak pasti tentang kebenaran sesuatu maklumat, lebih baik untuk tidak menyebarkannya.
Annuar patut lebih faham dan ambil maklum tentang tindakannya itu.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1030104/annuar-zaini-minta-maaf-kepada-setiausaha-bersatu-perak
Annuar tidak pernah menyumbang apa-apa untuk pembangunan Perak, malah ada sahaja laporan berita yang menunjukkan Annuar sering menjadi penggerak politik Perak di sebalik tabir.
Raja dan rakyat tiada berpisah, namun perlu tahu bahawa sistem beraja perlembagaan diwujudkan bagi mengasingkan institusi diraja daripada sebarang 'kekotoran politik'.
Mengapa Annuar cuba terlibat dalam politik dengan menggunakan nama institusi diraja? Tindakan itu sangat bahaya bagi Perak dan secara tidak langsung kepada seluruh negara.
Isu perlantikan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9 juga menjadi isu yang dikaitkan dengan Annuar sebelum ini.
Percubaan seperti ini jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan amalan sistem demokrasi Malaysia.
Ada juga yang berkata semua kenyataan yang dikeluarkan oleh istana Perak adalah tulisan Annuar.
Sumber: https://bebasnews.my/2021/07/23/privy-council-pencerahan-annuar-zaini-terhadap-tulisan-tun-hamid/
Sebagai seorang Ahli Dewan Negeri Perak, beliau sepatutnya faham tentang kepentingan untuk menjaga namanya supaya tidak terpalit dengan sebarang isu salah laku.
Annuar sebelum ini pernah ditarik balik darjah kebesaran dari Kelantan pada 2019 atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan kepada umum.
Kebiasaannya, darjah kebesaran di Malaysia akan ditarik balik apabila seseorang penerima telah melakukan kesalahan atau perbuatan yang tidak memenuhi standard serta integriti yang diperlukan.
Jarang sekali kes penarikan darjah kebesaran ini berlaku di Malaysia melainkan individu tersebut telah mencemarkan nama baik dan martabat darjah kebesaran yang diberikan.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/16066/edisi/kelantan/istana-kelantan-tarik-balik-darjah-kebesaran-mohd-annuar-zaini
Annuar ini pernah buat 'huru-hara' di sebuah syarikat media terbesar negara iaitu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau Bernama.
Annuar merupakan Pengerusi Lembaga Pengelola Bernama ke-9 dan berkhidmat selama tiga penggal.
Lembaga Pengelola, terutamanya Pengerusi, tidak sepatutnya campur tangan dalam sebarang urusan pentadbiran Bernama atau membuat pelaburan tanpa kelulusan Lembaga dan dipersetujui oleh kerajaan.
Namun, Annuar melangkaui bidang kuasanya dan isu perjanjian dengan Bernama TV Synergy Sdn Bhd merupakan salah satu contoh buruk.
Tiada peruntukan dalam Akta Bernama yang membolehkan sebuah syarikat swasta menggunakan nama dan logonya.
Bernama juga tidak dibenar atau dibolehkan untuk memberi kredit kepada sebuah syarikat swasta atau memberi hak kepada syarikat berkenaan menggunakan premis, peralatan, perkakasan atau sumber-sumber Bernama untuk kepentingan sendiri.
Dedah seorang bekas ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong pada 2009, Annuar memakai dua 'kopiah' iaitu sebagai Pengerusi Bernama dan Pengarah Bernama TV Synergy.
Bernama TV Synergy didakwa tidak memiliki lesen penyiaran namun mendapat hak menyiarkan siaran langsung majlis Ulang Tahun Keputeraan/Kelahiran Sultan atau Yang Dipertua Negeri.
Malahan, Annuar tidak pernah mendedahkan bahawa Bernama TV Synergy bukanlah entiti di bawah Bernama.
Sekiranya benar, maka Bernama TV Synergy sepatutnya tidak layak menyiarkan acara seumpama itu secara siaran langsung kerana tidak mempunyai lesen penyiaran sah.
Hanya organisasi media yang berdaftar sahaja seperti RTM mendapat hak eksklusif penyiaran kerana memiliki lesen penyiaran yang diperakui sah. Bagaimana Bernama TV Synergy 'lepas' untuk menyiarkan acara itu?
Bernama TV Synergy juga dikatakan memiliki hutang berjumlah RM15 juta kepada Bernama. Sudah lunas atau belum hutang berkenaan, tidak diketahui.
Pada Ogos 2009, Bernama membuat satu kenyataan menggantung pembabitannya dalam Bernama TV Synergy atas alasan menanggung kerugian.
Langkah itu hanya dibuat selepas Annuar 'membenarkan' Bernama TV Synergy terus menambah hutang. Alasan yang diberikan oleh Annuar selepas penggantungan itu turut tidak masuk akal.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/109720
Satu tindakan wajar buat Kelantan apabila menarik darjah kebesaran yang diberikan kepada Annuar.
Annuar sering kali melakukan tindakan yang tidak seberapa matang dan menjejaskan kepentingan awam.
Sebagai individu berkepentingan di Perak, setiap kenyataan yang dibuat perlu berlandaskan fakta yang benar.
Annuar seharusnya lebih mementingkan tugas hakikinya berbanding sibuk mencampuri urusan politik di negeri berkenaan.
Banyak lagi isu berkaitan agama dan adat Melayu yang patut diambil tindakan oleh Annuar sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Comments
Post a Comment