Syed Saddiq ‘Drama Queen’, Populis
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi perhatian sejak memasuki arena politik negara.
Sebut sahaja apa yang tidak dilakukan oleh Syed Saddiq untuk menarik perhatian rakyat.
Buat video TikTok, melakukan penampilan khas dalam muzik video dan membuat kenyataan berbentuk kontroversi.
Apa yang melucukan, rakyat melihat Syed Saddiq sebagai ‘pak lawak’ dan bukannya ahli politik yang serius menjalankan tanggungjawabnya.
Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pernah menyatakan perwatakan Syed Saddiq bukan seperti yang digambarkan.
Sumber: https://twitter.com/Mat_Jaket/status/1673548958457806848
Tunku Ismail pernah menyatakan Syed Saddiq sebagai ‘drama queen’.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Syed Saddiq membuat video memohon bantuan orang ramai melunaskan bayaran ikat jamin susulan dakwaan pecah amanah dan rasuah.
Tunku Ismail bertitah rakyat menjadi mangsa penipuan Syed Saddiq yang mendakwa tidak mempunyai wang untuk membayar ikat jamin, walhal Syed Saddiq memiliki aset puluhan atau ratusan ribu ringgit.
Aset Syed Saddiq pada 2018 bernilai RM50,000. Kalau ditambah gajinya sebagai Menteri Belia dan Sukan, dia boleh membayar ikat jamin berkenaan tanpa mengharapkan bantuan rakyat.
Rakyat sendiri terpaksa ikat perut untuk meneruskan kehidupan pada masa itu selepas terkesan dengan pandemik Covid-19 dan Syed Saddiq tanpa segan silu membuat video meraih simpati daripada rakyat.
Memang wajar Syed Saddiq digelar sebagai ‘drama queen’ oleh Tunku Ismail.
Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/tmj-label-syed-saddiq-drama-queen/
Tunku Ismail juga pernah menyatakan bahawa Syed Saddiq hanya seorang yang populis dan tidak jujur dalam melakukan tugasnya.
Ujar Baginda, tiada guna Syed Saddiq meraih populariti melalui media sosial kalau tidak amanah dan kurang komited.
Sehingga kini, Syed Saddiq sememangnya ‘juara’ dalam media sosial.
Dia kerap melakukan video di media sosial dan muncul dalam pelbagai program yang tiada kena mengena dengan aktiviti politik.
Malah, Syed Saddiq pernah melakukan penampilan khas dalam video klip berjudul ‘Katak’ bagi menangkis dakwaan dia bukan katak politik.
Lebih baik Syed Saddiq fokus kepada tugas politiknya berbanding hanya menjadi juara media sosial.
Sumber: https://ohmymedia.cc/ms/ditanya-kenapa-tak-suka-syed-saddiq-tmj-jawab-ahli-politik-perlu-jujur
Tunku Ismail menyatakan satu-satunya cara untuk Syed Saddiq menarik perhatiannya adalah dengan ‘terjun dari bangunan KLCC tanpa menggunakan sebarang payung terjun’.
Apa yang mungkin dimaksudkan oleh Tunku Ismail adalah Syed Saddiq perlu bersara dari dunia politik.
Rakyat memang tidak memerlukan politikus seperti Syed Saddiq yang gagal memberi sumbangan kepada masyarakat dan terpalit pelbagai kontroversi.
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang dipimpin oleh Syed Saddiq juga dipandang sepi oleh rakyat selain ditolak mentah-mentah oleh parti-parti besar.
Mengapa Syed Saddiq perlu mengharapkan sesuatu yang belum pasti terjadi dalam arena politik?
Lebih baik Syed Saddiq ikut sahaja saranan Tunku Ismail.
Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/40168/tmj-tells-syed-saddiq-to-jump-off-klcc-without-a-parachute-in-latest-roast
Tuntasnya, kenyataan Tunku Ismail terhadap Syed Saddiq semakin jelas.
Rakyat kian melihat keburukan Syed Saddiq sebagai politikus yang hanya memperjuangkan isu-isu yang tidak sesuai.
Syed Saddiq perlu berhenti menjadi populis kerana banyak isu yang diperjuangkan tidak mendapat sokongan daripada rakyat.
Apa sebenarnya yang Syed Saddiq cuba perjuangkan? Kebanyakannya kabur atau tidak jelas.
Pastinya, Syed Saddiq perlu hadam apa Tunku Ismail katakan dan melangkah pergi dengan segera dari dunia politik.
Comments
Post a Comment