Mahathir Paling Banyak Langgar Prinsip Persekutuan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini cuba membidas beberapa negeri kerana mahu menuntut hak daripada hasil negara.
Dia cuba bercakap soal Persekutuan adalah penting kerana memberi kekuatan kepada negeri-negeri.
Dia mendakwa, setiap negeri sekiranya berdiri sendiri tidak akan menjadi kuat.
Walhal, negeri-negeri di bawah Persekutuan juga mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing kerana telah menyumbang kepada negara.
Mahathir juga ketika zaman dia menjadi Perdana Menteri tidak pernah sesekali menghormati prinsip 'Bersekutu Bertambah Mutu' di negara ini. Projek IC dan rusuhan di Sabah pada 1980-an merupakan campur tangan siapa?
Disebabkan mahu mengubah demografi dan mencemari daftar pemilih dalam sistem pilihan raya tempatan, Mahathir mengarahkan menterinya untuk menjalankan projek IC di Sabah.
Projek rahsia berkenaan dijalankan bagi memberi keuntungan kepada parti UMNO di bawah pimpinan Mahathir pada masa itu.
Mahathir turut berkomplot dengan parti Berjaya dan USNO untuk membawa masuk UMNO ke Sabah.
Bayangkan seramai 130,000 pendatang asing tanpa izin diberikan kad pengenalan pada 1985 di Sabah.
Dia juga cuba memujuk PBS untuk membentuk kerajaan gabungan bersama Berjaya dan USNO namun PBS enggan berbuat demikian.
PBS bertegas mahu mengadakan satu lagi pilihan raya bagi memastikan kerajaan Sabah adalah betul-betul telus dan Mahathir cuba menghalang pilihan raya tersebut daripada berlaku.
Susulan itu, berlaku rusuhan di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan yang mencetuskan peristiwa Rusuhan Sabah 1986.
SUMBER: https://sabah-report.blogspot.com/p/projek-ic.html
https://cilisos.my/the-true-story-behind-the-1986-sabah-riots-youve-never-heard-of/
Ketika parti PAS memenangi DUN Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU-10) pada 1999, negeri itu tidak lagi berhak untuk mendapat royalti petroleum seperti yang diterima sebelum itu.
Mahathir mendakwa bayaran royalti itu tidak akan diberikan kepada kerajaan Terengganu, sebaliknya disalurkan terus kepada rakyat negeri berkenaan melalui Program Pembiayaan Wang Ehsan.
Dia mendakwa sekiranya kerajaan PAS mendapat bayaran royalti tersebut, mereka akan menggunakannya untuk meningkatkan populariti dan mempromosi perjuangan parti tersebut.
Mahathir sendiri mengakui dalam buku memoirnya yang mengatakan itu adalah cara untuk menyekat kerajaan Terengganu daripada mendapatkan akses dana tersebut.
Mengapa Mahathir menafikan hak Terengganu? Bukankah Mahathir sendiri berkata negeri akan lemah sekiranya dibiarkan bersendirian?
SUMBER: https://harakahdaily.net/index.php/2017/07/27/royalti-t-ganu-antara-dosa-tun-m-kepada-pas/
Perkara sama turut berlaku kepada Kelantan yang ditadbir oleh PAS sejak 1990.
Banyak hak Kelantan dinafikan oleh Mahathir sepanjang pemerintahannya menjadi Perdana Menteri.
Rakyat Kelantan membayar cukai namun selepas 1990, Mahathir mewujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang berfungsi seperti kerajaan dalam kerajaan.
Dia menubuhkan JPP dan menyalurkan peruntukan kepada JPP serta melantik penghulu di Kelantan.
Mahathir tidak menghormati pilihan raya rakyat Kelantan yang memberi peluang kepada PAS membentuk kerajaan.
Sehingga kini, Mahathir merupakan pencetus kepada kemiskinan dan penafian hak di Kelantan.
Malah, dia sendiri mengakui bersalah meminggirkan Kelantan ketika menjadi Perdana Menteri.
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/09/03/dr-mahathir-punca-kelantan-miskin-kata-pemimpin-pas/
https://www.sinarharian.com.my/article/628734/berita/nasional/tun-m-akui-salah-pinggir-negeri-pantai-timur
Mahathir sendiri meminggirkan negeri-negeri daripada Persekutuan ketika era pemerintahannya.
Apabila ada negeri-negeri cuba menyuarakan hak mereka, Mahathir menyokong Persekutuan dan membidas negeri-negeri tersebut.
Dia sendiri tidak mengikut prinsip Persekutuan yang sejati.
Cadangan untuk Mahathir, lebih baik tutup mulut daripada berbicara berbelit-belit seperti ular lidah bercabang dua.
Comments
Post a Comment