Mahathir Patut Angkat Kaki Dari Politik
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkongsi tentang rahsia umurnya panjang sehingga mencecah 99 tahun.
Baguslah amalkan bermacam-macam petua sehingga boleh capai usia hampir seabad.
Tapi tak bagusnya 'usia dalam politik' turut sama berpanjangan.
Sepatutnya dah boleh mengangkat kaki dan bersara tapi tetap mahu sibuk tentang hal negara.
Sampaikan semua langkah yang dibuat oleh kerajaan, semuanya salah. Salah satu kegagalan Mahathir adalah tewas di Parlimen Langkawi dan hilang wang deposit dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022.
Kerusi tersebut dimenangi calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh 25,463 undi manakala Mahathir pula hanya meraih 4,566 undi.
Kegagalan mempertahankan kerusi itu membuktikan Mahathir tidak lagi relevan di mata pengundi khususnya dalam kalangan penduduk Langkawi.
Ketika dalam pasca PRU-14, penurunan sokongan dan populariti Mahathir dipercayai berpunca daripada prestasi Kabinet kerajaannya.
Prestasi lemah yang ditonjolkan oleh Kabinetnya terutamanya dalam soal ekonomi negara dan pemberian bantuan rakyat, tidak diterima baik oleh orang ramai.
Sepatutnya selepas kekalahan pada PRU-15, Mahathir memahami tentang peratusan penerimaan rakyat terhadap dirinya.
Namun sehingga kini, dia masih sibuk dengan agenda peribadinya untuk merampas kuasa pemerintahan negara.
Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/11/20/tun-mahathir-tewas-di-langkawi-hilang-deposit/
https://www.sinarharian.com.my/article/25468/berita/nasional/sokongan-terhadap-pm-kerajaan-ph-merosot
Kemiskinan dalam kalangan komuniti Melayu ketika zaman Mahathir gagal diselesaikan dengan baik.
Walaupun Mahathir banyak memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan pembangunan ekonomi semasa era pemerintahannya, namun banyak pihak mengkritik dia gagal menyelesaikan masalah kemiskinan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Dia banyak memberi tumpuan kepada projek-projek mega kerana Mahathir mahu dunia kagum dengan projek mega yang dibina oleh Malaysia. Apa saja binaan yang terbesar, terpanjang, tertinggi, terhebat, mesti berada di Malaysia.
Selain itu, Mahathir percaya dengan pembinaan projek-projek ini kononnya akan merancakkan kegiatan ekonomi Malaysia.
Namun, tiada guna memiliki bangunan yang besar dan mewah tetapi masyarakat Melayu khususnya masih tinggal di rumah-rumah kos rendah dan setinggan di tengah ibu kota Malaysia.
Walaupun ramai mengetahui kegagalannya dalam memajukan nasib orang Melayu, namun Mahathir sehingga kini masih 'acah-acah' cuba memperjuangkan komuniti tersebut.
Orang Melayu sudah tidak percaya dengan kata-kata Mahathir. Dia lebih mementingkan golongan elit berbanding nasib orang Melayu.
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/
Sebelum ini, Mahathir mengatakan dia tidak sesekali mengamalkan pendekatan nepotisme dalam pentadbirannya selama dua dekad sebagai Perdana Menteri.
Namun sebelum ini, tular penularan sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad.
Opcom Holdings Berhad dimiliki oleh Mukhriz serta isterinya dan Mokhzani.
Mahathir memberikan kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.
Hanya selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan kabel gentian optik serta produk berkaitan kabel di Malaysia, telah dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.
Mokhzani merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Opcom Holdings Berhad pada masa itu manakala abangnya, Mukhriz adalah pemegang saham terbesar sehinggalah dia menyerahkan sahamnya kepada isterinya sebelum menceburi politik.
Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen dalam tempoh sehari ketika itu.
Situasi tersebut dilihat sangat aneh memandangkan kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/436827
Bagaimana rakyat mahu mempercayai bahawa Mahathir adalah di pihak yang benar dan orang lain di pihak yang salah?
Sedangkan Mahathir sendiri banyak melakukan tindakan yang tidak patut dicontohi oleh semua pihak.
Mahathir patut sedar usianya sudah hampir 100 tahun dan perlu berehat daripada dunia politik selama-lamanya.
Tak perlu lagi campur tangan urusan negara. Zaman Mahathir sudah lama berlalu sejak dia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh.
Ada benda lebih penting patut Mahathir buat pada usianya ketika ini.
Comments
Post a Comment