Jangan Tipu Lagi, Mahathir!
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengeluarkan dakwaan bahawa dia tidak terbabit langsung dalam isu kekayaan anak-anaknya.
Dia pernah mendakwa anak-anaknya berdikari mengumpul kekayaan mereka sendiri.
Mahathir turut mendakwa kekayaan anak-anaknya adalah hasil perniagaan mereka di luar negara.
Hanya selepas Mahathir meletakkan jawatan, anak-anaknya mengembangkan perniagaan di dalam negara.
Menarik bukan naratif Mahathir tentang kekayaan anak-anaknya? Namun semua itu hanya pembohongan Mahathir. Pada 1994, kerajaan Sarawak telah memberi kebenaran kepada sebuah syarikat iaitu Tanjung Tiara Sdn Bhd untuk menebang lebih 1,000 hektar balak di negeri berkenaan.
Apa istimewanya syarikat terbabit sehingga mendapat projek sebesar itu?
Pengerusi dan pemegang saham syarikat tersebut adalah anak Mahathir iaitu Mukhriz.
Pada tahun tersebut, satu hektar tanah hutan yang ditebang untuk pembalakan bernilai lebih RM1 juta.
Maka, pulangan bernilai RM1 bilion diperoleh oleh syarikat itu.
Perniagaan luar negara ke itu? Bukankah Sarawak terletak di Malaysia?
Siapa pula Perdana Menteri Malaysia pada 1994? Jawapannya adalah Mahathir.
Sumber: https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/
https://www.malaysiakini.com/news/488229
Pada tahun 2018 apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh, Mukhriz telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.
Portfolio Mukhriz tidak cemerlang tapi tetap membiarkan anaknya itu memerintah Kedah.
Sedangkan, ekonomi Kedah berada pada tahap buruk ketika zaman Mukhriz dan pernah ditendang keluar oleh UMNO Kedah.
Sekali lagi keluarga Mahathir mendapat kesempatan untuk meraih lebih kekayaan menerusi pelbagai skim dan cara.
Mukhriz pernah menjual sebidang tanah negeri Kedah seluas 320 hektar kepada sebuah syarikat China.
Hasil jualan bukan berbalik kepada rakyat, sebaliknya masuk poket sendiri.
Apa sahaja boleh dibuat untung, mereka anak beranak akan ambil kesempatan.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/letters/509478
https://theunspinners.blogspot.com/2020/05/dua-kali-tumbang-di-kedah-layakkah.html
Mukhriz merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat Opcom Holdings Berhad.
Selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh, kerajaan ketika itu tiba-tiba meluluskan projek mega Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.
Projek infrastruktur lain gagal diluluskan kerana kononnya negara sudah bankrap dengan hutang RM1 trilion.
Namun projek NFCP diluluskan dengan begitu laju oleh kerajaan Mahathir ketika itu.
Ironinya, harga saham syarikat Opcom yang merupakan antara pembekal utama apabila projek NFCP dilaksanakan naik setinggi 50% selepas Kabinet meluluskan projek tersebut.
Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen ketika itu. Bayangkan berapa banyak keuntungan lumayan diperoleh oleh Mukhriz pada masa itu.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/letters/490342
Mahathir masih mahu menafikan kekayaan anak-anaknya adalah dari dalam negara?
Masih mahu menafikan dakwaan bahawa anak-anaknya kaya disebabkan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri?
Semua peristiwa itu berlaku ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Bukankah Mahathir mendakwa anak-anaknya kaya selepas dia meletakkan jawatan?
Tak perlu menegakkan benang yang basah. Sudah terang lagi bersuluh Mahathir berbohong.
Comments
Post a Comment