Latheefa 'Double Standard' Soal Pelantikan Hakim
Penasihat Lawyers for Liberty (LFL), Latheefa Koya seolah-olah cuba mencampuri proses pelantikan Ketua Hakim Negara.
Dia mempersoalkan peranan Perdana Menteri dalam pelantikan portfotlio penting badan kehakiman berkenaan.
Latheefa turut menggesa Perlembagaan Persekutuan digubal.
Mengapa sekarang ini, Latheefa bersuara tentang soal pelantikan Ketua Hakim Negara?
Mengapa tidak bersuara ketika sejak dulu lagi berkaitan perkara itu?
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/07/14/peguam-selar-latheefa-berkait-ulasan-pelantikan-kehakiman
Sewaktu Latheefa menjadi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2019 hingga 2020, mengapa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara?
Dulu Tun Dr Mahathir Mohamad lantik Ketua Hakim Negara sebelum ini tidak ikut prosedur betul.
Pelantikan itu bukan ikut cadangan penuh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).
Tiada yang bersuara, termasuk Latheefa.
Kalau betul nak jaga integriti badan kehakiman, patut dari dulu lagi isu ini perlu dibangkitkan.
Kenapa perlu 'double standard'? Latheefa lupa bahawa kuasa seseorang Perdana Menteri adalah kuasa yang sama telah digunakan untuk melantik dia sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu.
Mengapa sewaktu dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, dia tidak menggesa Mahathir untuk melucutkan kuasanya sebagai Perdana Menteri daripada sebarang pengaruh dalam pelantikan hakim atau SPRM?
Adakah kerana ketika itu kuasa tersebut menguntungkan pihak-pihak tertentu?
Latheefa yang juga seorang peguam sepatutnya lebih tahu tentang aspek ketulenan sesuatu keterangan atau dokumen.
Namun, Latheefa terus melabel dokumen-dokumen yang mirip minit mesyuarat JAC itu sebagai skandal terbesar kehakiman dalam sejarah.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/letters/748965
Perlembagaan pun sudah wujud sejak negara merdeka.
Kenapa sekarang mahu bersuara tentang pindaan untuk melucutkan peranan Perdana Menteri dalam pelantikan Ketua Hakim Negara?
Adakah Latheefa sebenarnya memiliki motif politik peribadi sehingga cuba mengganggu proses pelantikan itu?
Dulu Mahathir cetuskan Krisis Perlembagaan sehingga mencetuskan pemecatan Ketua Hakim Negara pada 1988.
Dulu Mahathir antara yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung skandal penyebaran sebuah rakaman video perbualan seorang peguam yang mendedahkan campur tangan dalam pelantikan hakim pada 2007.
Skandal-skandal itu paling terbesar dalam sejarah kehakiman negara.
Latheefa buat-buat lupa ke? Atau disebabkan Mahathir terbabit dalam skandal-skandal itu?
SUMBER: https://harakahdaily.net/2017/07/lupakah-tun-m-krisis-kehakiman-1988/
Latheefa tidak perlu campuri proses pelantikan hakim.
Hormati proses tersebut yang telah lama ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jangan cuba-cuba untuk mengeluarkan kenyataan berbaur motif politik peribadi.
Latheefa jangan lupa bahawa kuasa Perdana Menteri juga yang melantiknya memegang jawatan penting dalam kerajaan dulu.
Dulu Latheefa juga yang menikmati hasil daripada kuasa Perdana Menteri yang dia pertikaikan sekarang.
Comments
Post a Comment