Fahmi Reza Bukan Pejuang Demokrasi

A person wearing a mask and sunglasses

AI-generated content may be incorrect.

Aktivis, Fahmi Reza sering kali dipuja oleh golongan tertentu sebagai 'ikon kebebasan bersuara'.

Namun sebenarnya, dia bukanlah seorang pejuang politik yang matang.

Sebaliknya jika diteliti dengan lebih mendalam, Fahmi hanyalah seorang 'penghibur politik' yang ketagih kontroversi.

Setiap kali dirinya ditahan oleh polis, drama sama berulang.

Ditangkap, kes menjadi tular, mendapat simpati orang ramai dan kemudiannya muncul dengan karya satira barunya.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/762541

A person wearing sunglasses and a hat

AI-generated content may be incorrect.

Fahmi muncul di khalayak ramai dengan satiranya pada era pemerintahan bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dia mencipta poster satira yang menggambarkan Najib sebagai 'badut'.

Apa kesan daripada perbuatannya itu? Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 1 bulan dan denda RM30,000 dengan tujuan menyakitkan hati orang lain.

Fahmi bagaimanapun masih tidak serik. Pada 2021, dia mencetuskan kontroversi apabila menghina bekas Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hasilnya? Dia kembali ditahan reman oleh polis berhubung kes itu.

Tahun ini, Fahmi kembali dengan satira kontroversi menghina Yang Dipertua Negeri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Skrip sama tetap terjadi. Dia sekali lagi dipanggil oleh pihak polis.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/412803

A person holding a sign

AI-generated content may be incorrect.

Fahmi menjual dirinya sebagai 'pejuang demokrasi'.

Tetapi hakikatnya, setiap karya satira adalah produk pemasaran buat dirinya.

Segala karya yang menghina pemimpin negara ini bukanlah satu seni, tetapi 'branding' untuk dia kekal relevan di mata rakyat.

Fahmi berlakon seolah-olah dia adalah mangsa kepada sistem pihak berkuasa.

Setiap penangkapan polis adalah 'tiket emas' buat Fahmi untuk menaikkan publisiti murahannya.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1342822/polis-sabah-cari-fahmi-reza-sahkan-terima-lebih-30-laporan

A person wearing a hat and jacket

AI-generated content may be incorrect.

Fahmi kerap mengadakan kelas yang didakwa sebagai 'kelas demokrasi'.

Namun apa yang diajar oleh Fahmi dalam kelas itu?

Siaran langsung TikTok dengan menggunakan konsep tajuk yang sensasi dan banyak sindiran kosong.

Perjuangan demokrasi sebenar bukan melabel pemimpin sebagai badut atau tikus.

Itu bukan cara untuk mendidik rakyat nilai demokrasi yang sebenar, tindakan itu lebih bersifat 'stand-up comedy' politik.

Bayangkan seorang pelajar yang hadir ke 'kelas demokrasi' Fahmi.

Apa yang mereka dapat? Gelak ketawa, sindiran dan mungkin pelekat karya satira daripada Fahmi.

Bagaimana dengan kefahaman mereka tentang sistem politik? Hampir sifar.

Fahmi menjadikan demokrasi sebagai kandungan hiburan, bukannya wadah ilmu.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-hina-permaisuri-agong-fahmi-reza-ditahan-polis-294808

A person with long hair wearing sunglasses and a hat

AI-generated content may be incorrect.

Fahmi lebih menyerupai seperti selebriti yang gilakan glamor dan publisiti.

Seumpama selebriti yang sanggup mencetuskan skandal untuk menaikkan nama mereka, begitu juga dengan Fahmi.

Kebebasan bersuara tidak dihalang selagi masih dalam ruang litup demokrasi, namun Fahmi menggunakan satira-satira 'bodoh' untuk kekal relevan dan menampakkan seolah-olah dia adalah pejuang demokrasi sebenar di negara ini.

Fahmi sepatutnya tahu negara memiliki undang-undang dan Perlembagaan yang sudah termaktub sejak sekian lama untuk melindungi kestabilan Malaysia.

Individu seperti Fahmi tidak sepatutnya dibiarkan berleluasa kerana boleh mengganggu kestabilan negara ini.

Tindakan tegas perlu dilakukan sekiranya Fahmi masih terus mencetuskan kontroversi dengan satira-satira berbentuk hasutannya itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Musuh Kestabilan Negara

Mahathir Contoh Tak Elok Untuk Syed Saddiq

Mahathir Menggagalkan Orang Melayu