Di Sebalik Skandal Jana Wibawa Muhyiddin
Kisah gelap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mulai terbongkar apabila pendedahan di sebalik program Jana Wibawa ketika era Covid-19 membawa kepada kes mahkamah. Program yang pada awalnya diperkenalkan sebagai inisiatif rangsangan ekonomi susulan pandemik Covid-19, akhirnya menjadi salah satu skandal kewangan terbesar negara. Inisiatif tersebut pada mulanya bertujuan meningkatkan kapasiti kontraktor Melayu-Bumiputera dalam industri pembinaan agar lebih berdaya saing selepas pandemik. Terdapat 56 projek di bawah program Jana Wibawa yang bernilai kira-kira RM6.3 bilion. Namun, semuanya terbongkar menerusi penahanan seorang individu. SUMBER: https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=103&contentid=2800&cat=TOC Individu itu yang dikenali sebagai Adam Radlan, dikatakan menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan PN bawah Pakej Rangsangan Ekonomi. Adam bersama-sama beberapa individu lain menjadi dalang kepada beberapa syari...