Di Sebalik Skandal Jana Wibawa Muhyiddin

Kisah gelap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mulai terbongkar apabila pendedahan di sebalik program Jana Wibawa ketika era Covid-19 membawa kepada kes mahkamah.

Program yang pada awalnya diperkenalkan sebagai inisiatif rangsangan ekonomi susulan pandemik Covid-19, akhirnya menjadi salah satu skandal kewangan terbesar negara.

Inisiatif tersebut pada mulanya bertujuan meningkatkan kapasiti kontraktor Melayu-Bumiputera dalam industri pembinaan agar lebih berdaya saing selepas pandemik.

Terdapat 56 projek di bawah program Jana Wibawa yang bernilai kira-kira RM6.3 bilion.

Namun, semuanya terbongkar menerusi penahanan seorang individu. 

SUMBER: https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=103&contentid=2800&cat=TOC

 

Individu itu yang dikenali sebagai Adam Radlan, dikatakan menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan PN bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.

Adam bersama-sama beberapa individu lain menjadi dalang kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.

Adam juga didakwa menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dan pihak atasan tertentu, iaitu keparat yang berada di dalam PN.

Disember lalu, SPRM mengatakan fokus siasatan berhubung dakwaan salah guna dana Pakej Rangsangan Ekonomi ketika Covid-19 tertumpu kepada dana kerajaan bernilai RM92.5 bilion, yang dibelanjakan oleh PN.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/780822

Adam terima komisen kira-kira 3 hingga 5 peratus daripada RM92.5 bilion. 3 peratus daripada nilai berkenaan bukan sedikit.

Nilainya berbilion, cukup makan minum bagi keluarga berpendapatan B40 selama berpuluh tahun.

Paling hebat, semua projeknya secara runding terus. Bukan calang-calang orang dapat projek kerajaan secara runding terus.

Sudah semestinya Adam mempunyai kabel besar sehingga mampu menerima keistimewaan sebegitu.

Adam merupakan Pengerusi Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN). Kalau tak tahu apa itu AkuPN, ia merupakan satu platform yang menampilkan tiga aplikasi khusus untuk belia ketika zaman PN.

Aplikasi itu pun gagal, laman media sosialnya tiada kemaskini sejak 2021. Tapi keparat seperti Adam tetap kenyang makan komisen dan habuan daripada AkuPN.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/07/28/adam-radlan-bantu-dapat-kontrak-jana-wibawa-saksi-beritahu-mahkamah

Sebenarnya, Adam ini bukan sebarangan orangnya. Dia merupakan sepupu kepada Adlan Berhan.

Siapa pula Adlan Berhan? Adlan pula menantu kepada bekas Muhyiddin.

Banyak projek kerajaan diberikan oleh Muhyiddin kepada Adlan.

Ketika zaman Pakatan Harapan (PH), Muhyiddin pernah membawa sehelai kertas cadangan daripada Adlan untuk dibentangkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin berhubung projek menggantikan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN).

Selepas menjadi Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin membuka tender di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

Syarikat milik Adlan menyertai tender tersebut tetapi bekerjasama dengan beberapa firma lain bagi mengelakkan identitinya diketahui.

Mestilah Muhyiddin mahu jaga nama baiknya juga. Kalau orang tahu Muhyiddin berselindung di sebalik topeng, tercalarlah imejnya.

Seperti dijangka, syarikat Adlan iaitu IRIS dipilih menerajui projek itu yang bernilai RM1.16 bilion.

Licik perancangan Muhyiddin memberi kemewahan kepada kroninya. 

SUMBER: https://www.themalaysianinsight.com/s/429298

Projek yang sepatutnya memberi harapan kepada kontraktor Bumiputera rupa-rupanya menyimpan pelbagai kontroversi.

Skandal tersebut telah mencemarkan nama Muhyiddin yang sebelum ini dilabel sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Namun, tiada rahsia yang boleh disimpan selama-lamanya.

Pekung yang selama ini disimpan, terbongkar jua akhirnya.

Muhyiddin sebenarnya hanyalah seorang lagi politikus yang menggunakan pengaruhnya untuk kepentingan peribadinya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Musuh Kestabilan Negara

Syed Saddiq Akan Hilang Kerusi Muar

Naimah Cuba Main Naratif Konspirasi