Syed Saddiq Hanya Tin Kosong
Baru-baru ini, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan di media sosial tentang pekerja berhak membawa kes ke Jabatan Tenaga Kerja sekiranya majikan memotong manfaat pekerja.
Syed Saddiq turut berkata, gaji minimum sebanyak RM1,500 dalam sektor awam masih belum dipatuhi sehingga kini.
Ketika Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan sewaktu zaman Pakatan Harapan (PH), mengapa membisu ketika kerajaan pada masa itu hanya menaikkan gaji minima sebanyak RM200 sahaja?
Bukankah Syed Saddiq sepatutnya lebih bersungguh-sungguh mendesak kerajaan PH menaikkan gaji minima sehingga RM1500 sewaktu menjadi menteri dahulu? Bukankah itu janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)?
Alih-alih, hanya RM200 sahaja kenaikan gaji minima. Kalau betul mahu berlagak seperti hero rakyat, kenapa sekarang mahu 'memekak' di media sosial?
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649598/perintah-gaji-minimum-berkuat-kuasa-1-februari
https://sosialisalternatif.org/kerajaan-ph-mengkhianati-para-pekerja-naikkan-gaji-minimum-ke-rm-1500-dengan-serta-merta/
Penjawat awam ketika zaman PH di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad antara yang paling terkesan.
Banyak insentif atau manfaat yang sepatutnya diterima oleh penjawat awam, dipotong oleh PH.
Antara langkah dibuat kerajaan PH adalah membuat pengecilan saiz perkhidmatan awam atas alasan kerajaan menanggung kos perbelanjaan emolumen dan bayaran pencen yang tinggi.
Tindakan itu nyata memberi kesan kepada ribuan penjawat awam yang hanya mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.
Sekali lagi, Syed Saddiq hanya mendiamkan diri. Bukankah anda hero rakyat? Atau acah-acah sahaja menjadi hero rakyat?
Mungkin masa itu, anda lebih sibuk bermain golf di pejabat dan lebih mementingkan agenda politik anda sendiri.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pakatan-harapan-bukan-sukasuka-tamatkan-kontrak-penjawat-awam-hanipa-192641
https://www.malaysiakini.com/news/503576
https://www.malaysiakini.com/news/467533
Sebelum hendak berbicara soal gaji minima, lebih baik Syed Saddiq pandang cermin dan lihat diri sendiri dulu.
Bukankah Syed Saddiq pernah memuat naik sebuah iklan untuk mengubah seorang pelajar pelatih di pejabat Parlimennya di Muar dengan kadar bayaran sebanyak RM900 hingga RM1200 sahaja?
Sebelum ini, begitu bersemangat memperjuangkan gaji minimum RM1500. Adakah RM1200 pada masa kini cukup untuk saraan hidup bulanan bagi seseorang pelajar pelatih? Apatah lagi RM900?
Cakap tak serupa bikin, sepatutnya kena tunjuk teladan yang baik sebelum anda memperjuangkan sesuatu isu rakyat. Tapi anda buat perkara yang rakyat sendiri tak gemar.
Sumber: https://twitter.com/syedsaddiq/status/1511237422251937793?lang=en
Ketika zaman pemerintahan PH, lebih 100,000 orang kehilangan pekerjaan dan kadar pengangguran meningkat sebanyak 745,000 orang.
Di mana Syed Saddiq? Bukankah pernah berjanji mahu mewujudkan satu juta pekerjaan sekiranya beliau dipilih menjadi menteri pada 2018.
Namun, janji tinggal janji. Anak muda Malaysia tidak mendapat peluang pekerjaan yang lebih mampan, malah lebih teruk lagi apabila graduan negara ini terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah di Singapura.
Syed Saddiq pula masih sempat untuk membuka francais Santan baharu beliau.
Bukan itu sahaja, Syed Saddiq juga membawa kroni-kroninya ke dalam Kementerian Belia dan Sukan.
Tidakkah perbuatan itu hanya membunuh peluang kepada orang lain yang mencari pekerjaan menggunakan saluran yang betul?
Sumber: https://freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/12/05/malaysian-grads-working-as-rubbish-collectors-shine-in-spore/
https://ohbulan.com/syed-saddiq-buka-kedai-makan-jual-nasi-lemak-nasi-ayam
https://umno-online.my/2022/03/17/kejayaan-ph-pada-pru-14-bawa-malapetaka-buat-negara/
Nampaknya Syed Saddiq ini hanya mampu berdebat dan bersuara, tetapi gagal dari segi mengikuti retorik sendirinya.
Bah kata pepatah, tin kosong nyaring bunyinya. Jika anda tidak percaya, tengoklah pencapaiannya semasa beliau menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan.
Hanya ada kontroversi Youth Power Club (YPC) dan pelbagai gimik seperti bermain golf dan PS4 di pejabat.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/586608/sprm-akan-buat-laporan-polis-dakwaan-pembantu-syed-saddiq
https://m.malaysiakini.com/news/460987

Comments
Post a Comment