Hanya Anak-Anak Mahathir Berstatus Hartawan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mencabar sesiapa sahaja untuk memberi bukti bahawa dia dan keluarganya membolot kekayaan di negara ini.

Mahathir mendakwa, sangat mudah membuat tuduhan namun jika tidak disertakan bukti, dakwaan itu bersifat fitnah.

Mahathir turut mendakwa orang Melayu kian miskin selepas dia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya Mahathir memerlukan bukti, begitu banyak bukti yang terpampang di Internet.

Cuma sama ada Mahathir mahu mengakuinya atau tidak sahaja sekarang ini.

Pada 1990-an, Asiaweek menilai pegangan Mirzan dalam syarikat awam sahaja melebihi AS$880 juta.

Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992.

Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).

Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.

Mirzan hampir muflis dan Mahathir mengarahkan Petronas membeli syarikat KPB sebanyak RM900 juta.

Mahathir juga sanggup merancang untuk melaksanakan satu skema khas dengan mengambil dana kira-kira RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah untuk membantu KPB.

KPB ketika itu memiliki hutang sebanyak RM1.6 bilion.

Namun, Mahathir dikatakan mengarahkan pembelian KPB dibuat menerusi pintu belakang tanpa saluran rasmi.

Mahathir diminta membentangkan bajet tambahan untuk 'bail-out' KPB di Parlimen tapi dia tidak mahu kerana ingin menjaga air mukanya.

Mahathir sebaliknya mengarahkan Petronas membeli KPB menggunakan dana kerajaan tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/699565

 Majalah Forbes pernah menyenaraikan salah seorang anak Mahathir iaitu Mokhzani sebagai antara orang terkaya Malaysia beberapa kali sejak 2007.

Forbes meletakkannya sebagai manusia kesembilan terkaya di Malaysia pada 2013 dengan kekayaan lebih RM4.22 bilion daripada perolehan industri minyak dan gas.

Dia mengasaskan fabrikasi peralatan minyak Kencana Petrolium Berhad.

Kencana Petrolium Berhad memenangi lesen untuk mereka bentuk struktur luar pesisir daripada Petronas pada 2002.

Kencana Petrolium Berhad merupakan salah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen berkenaan di Malaysia pada masa itu.

Pada 2012, Kencana Petrolium Berhad dianugerahkan kontrak sebanyak RM700 juta oleh Petronas.

Mahathir yang ketika memegang jawatan sebagai penasihat Petronas dikatakan mempengaruhi keputusan Petronas menganugerahkan kontrak itu.

SUMBER: https://www.scoop.my/news/162944/man-with-many-titles-a-look-into-mokhzani-mahathirs-expansive-resume/

Selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad sekali lagi telah dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.

Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen dalam tempoh sehari ketika itu.

Situasi tersebut dilihat sangat aneh memandangkan kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Mukhriz pada masa itu sudah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi syarikat itu namun masih memegang 23.28% saham manakala isterinya memiliki 14.11% ekuiti.

Pada tahun sama, Mukhriz bersama-sama isterinya mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM25.1 juta.

Namun peliknya, keuntungan ekuiti saham yang diperoleh menerusi Opcom Holdings Berhad pada tahun itu tidak dinyatakan sekali dalam pengisytiharan harta berkenaan.

Sepatutnya nilai harta Mukhriz dan isterinya adalah RM37.9 juta jika mengambil kira jumlah pegangan saham mereka dalam Opcom.

Mana perginya lebihan harta tersebut?

Mahathir perlukan berapa banyak bukti lagi untuk mengiyakan semua dakwaan berkenaan?

Tak perlu sorokkan punca kekayaan anak-anaknya lagi.

Sekarang zaman media sosial, banyak bukti sudah tersebar di merata-rata.

Malah, hanya anak-anak Mahathir sahaja yang mencapai status hartawan dalam kalangan keluarga bekas-bekas Perdana Menteri di Malaysia.

Sampai bila Mahathir mahu menafikan?

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Musuh Kestabilan Negara

Syed Saddiq Akan Hilang Kerusi Muar

Mahathir Menggagalkan Orang Melayu