Syed Saddiq Akan Hilang Kerusi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini dikatakan boleh mengekalkan kerusi sekiranya berlaku perpecahan undi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) kelak. Namun pandangan itu hanya akan berlaku di dunia dimensi yang berbeza buat masa ini. Meskipun BN dan PH berpecah undi, namun Syed Saddiq sebenarnya dari awal memiliki peluang yang rendah untuk mengekalkan kerusinya. Kalau dilihat secara teliti, banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kegagalan Syed Saddiq dalam PRU-16. Syed Saddiq dari awal tidak mendapat sokongan yang padu daripada blok kerajaan selepas mengumumkan mahu menjadi kuasa ketiga. Malahan, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Muar pada Julai lalu, Syed Saddiq tidak dijemput langsung. Bukankah Syed Saddiq adalah wakil rakyat Muar? Adalah satu kejanggalan apabila wakil rakyat seperti Syed Saddiq tidak dijemput untuk bertemu dengan Perdana Menteri di kawasan Parlimennya sendir...