PARTI KATAK MUDA
Parti baharu Syed Saddiq, MUDA ketika ini sedang giat dalam kempen politik mereka di Johor, di samping memulakan langkah pertama mereka sebagai sebuah parti politik Malaysia.
Walaupun mereka sering mengatakan bahawa MUDA akan membawa nafas baru dalam arena politik Malaysia, terbukti ini semuanya hanyalah penipuan semata-mata. Dalam pelancaran parti tersebut, MUDA juga telah mengumumkan barisan kepimpinan mereka, yang malangnya turut termasuk Nurainie Haziqah – seorang katak politik muda yang memang terkenal dengan pelbagai lompatan beliau. Amat ironi apabila MUDA sendiri yang menarik daripada bertanding dalam Pilihanraya Negeri Melaka atas alasan tidak mahu bekerjasama dengan katak-katak politik, tetapi sanggup menerima kehadiran Nurainie Haziqah dalam parti mereka – bahkan juga memberi beliau sebuah jawatan dalam barisan kepimpinan!
Malah, MUDA juga sempat menarik anak kroni hartanah kaya untuk bertanding di PRN Johor nanti. Inikah parti yang ingin memperjuangkan nasib rakyat marhaen?
Adakah ini apa yang rakyat mahukan – rakyat yang kononnya menjadi keutamaan MUDA sehinggakan sanggup membuat sebuah “Listening Tour”? Amat bodoh jika mantan Menteri Belia dan Sukan kita ini tidak sedar betapa bencinya rakyat Malaysia terhadap katak-katak politik sikap hipokrit Syed Saddiq.
Apa keperluan MUDA untuk serap masuk katak politik seperti Nurainie, yang sebelumnya tidak pernah membuat apa-apa sekalipun untuk rakyat Malaysia? Ini langsung tidak menguntungkan rakyat, dan tidak mencerminkan wadah baru politik yang rakyat Malaysia perlukan.
Amat jauh lagi perjalanan MUDA jika ia ingin menjadi sebuah parti bertauliah.
Bersaban bulan kami mendengar tentang visi politik baharu yang akan dibawakan oleh MUDA, namun sehingga ke hari ini masih lagi tiada perubahan.
Namun ramai juga yang sedia maklum bahawa parti ini hanyalah sebuah keldai yang ditunggang oleh Syed Saddiq untuk kekal relevan, dan juga dipergunakan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memecahkan sokongan anak muda terhadap parti-parti lain, selain untuk mengukuhkan posisi beliau dan kroni-kroni seangkatan beliau.
Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2021/04/warisan-pejuang-muda-boleh-bentuk-kerajaan-baharu/
Walaupun di ambang kematian, Tun Dr Mahathir masih lagi sempat mengendalikan boneka boneka beliau. Parti Pribumi Bersatu di bawah seliaan Tun Dr Mahathir dulu pun amat terkenal dengan mengambil masuk katak-katak politik, kini ia seolah-olah menjadi budaya dan tradisi kepada anak murid didik beliau seperti Syed Saddiq untuk menarik sokongan katak politik dan kroni hanya untuk mengukuhkan posisi mereka sendiri.
Sebagai ketua keluarga politik terkaya Malaysia, sudah tentu beliau sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan pengaruh beliau kembali, termasuk mendirikan parti politik baharu iaitu Pejuang, mahupun MUDA menerusi budaknya Syed Saddiq.
Era pemerintahan Mahathir juga dikenali dengan pelbagai sikap liberal, anti Melayu, dan anti Raja Raja Melayu beliau, sehinggakan beliau sanggup memansuhkan kuasa imuniti Raja Raja Melayu pada 1993 atas pelbagai fitnah dan pembohongan – sebuah naratif yang juga sering disuarakan oleh penyokong dan ahli MUDA di media sosial.
Hari ini, kita melihat corak-corak yang sama daripada pihak MUDA, tidak mengejutkan memandangkan MUDA hanyalah proksi Tun Dr Mahathir. Dengan membawa masuk katak politik dan anak kroni, MUDA mungkin boleh membeli kuasa yang sedikit ketika ini. Namun rakyat perlu sedar tentang perbuatan jijik sebegini dan menolak parti keldai dan katak ini di pilihanraya yang terdekat supaya negara kita tidak lagi terus dijahanamkan.

wow, bagus info..tq
ReplyDelete