Mukhriz Hanya Duduk ‘Di Bawah Ketiak’ Mahathir Selama Ini
Presiden parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disifatkan tidak memiliki aura seperti bapanya iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Banyak pihak membayangkan Mukhriz bukan individu sesuai untuk menerajui parti tersebut atas dasar beliau hanyalah seorang anak Mahathir.
Malahan, Mukhriz tidak terbukti kredibilitinya memegang jawatan terpenting dalam kerajaan.
Mukhriz hanya dapat memimpin Kedah hasil 'bantuan' daripada Mahathir dan bukannya memegang jawatan tersebut berdasarkan keupayaannya.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/pengguguran-mukhriz-disebabkan-gagal-tadbir-negeri-rahman-dahlan-148629
Mukhriz pada April lalu membangkitkan isu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).
Beliau mendakwa pemaju iaitu Kumpulan ECK belum membuat sebarang pembayaran berhubung projek tersebut, yang dibangunkan bersama dengan kerajaan Kedah.
Beliau turut mendakwa pemaju berkenaan untung atas angin.
Pendedahan itu tentunya memberi kesan buruk kepada reputasi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang dilihat 'tidak bertanggungjawab'.
Namun isunya di sini bukan Sanusi, tetapi Mukhriz kerana Mukhriz yang meluluskan projek itu.
Namun, siapa yang boleh menyalahkan Mukhriz kerana beliau adalah anak Mahathir.
Melalui kuasa yang diamanatkan oleh rakyat kepada Mahathir dan Mukhriz menerajui negara, mereka menggunakan kesempatan itu untuk membolot kekayaan.
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/05/pemaju-lapangan-terbang-kulim-untung-atas-angin-tanpa-bayar-sesen-kata-mukhriz/
Mukhriz juga didakwa memindahkan wang berjumlah RM13 juta ke akaun bank di Kanada ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah sebelum ini.
Perkara itu didedahkan oleh Muhammad Sanusi dan bukti tentang pemindahan wang itu masih disimpan.
Meskipun Mukhriz menafikan perkara itu, namun pepatah menyebut, 'kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang'.
Jumlah RM13 juta mungkin hanya nilai yang kecil bagi Mukhriz, namun wang tersebut jika disalurkan untuk rakyat Kedah, banyak perkara yang boleh dibuat.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/867009/rm13-juta-wang-mbi-kedah-dipindahkan-ke-kanada
Pada 1994, Sarawak memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Tanjung Tiara Sdn Bhd. Ironinya, Mukhriz adalah pemegang saham tetapi juga merupakan pengerusi kepada syarikat ini.
Jangan lupa bahawa pada tahun berkenaan, Perdana Menteri ketika itu adalah Mahathir.
Pada tahun 2018 apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan Malaysia, Mukhriz telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Sekali lagi keluarga ini mendapat kesempatan untuk meraih lebih kekayaan menerusi pelbagai skim dan cara.
Ini adalah bukti Mukhriz telah menjual sebidang tanah negeri Kedah seluas 320 hektar kepada sebuah syarikat China.
Sumber: https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/
https://www.malaysiakini.com/news/488229
https://thekl-chronicle.blogspot.com/2020/05/scary-news-did-mukhriz-mahathir-sold.html
https://www.malaysiakini.com/letters/509478
Ketika memegang jawatan Menteri Besar Kedah, beliau ditolak dan dijatuhkan sebanyak dua kali kerana tidak mendapat sokongan ahli Parlimen lain.
Situasi itu mencerminkan kegagalan dan ketidakupayaan Mukhriz sebagai pemimpin.
Bukan sahaja UMNO menolaknya, malahan parti-parti lain seperti PAS dan PKR turut menarik balik sokongan terhadapnya kerana gagal mentadbir Kedah dengan baik.
Mukhriz sebenarnya hanya memikirkan cara untuk memenuhkan 'poketnya' sendiri berbanding 'pening kepala' menyelesaikan isu rakyat.
Buktinya, rizab kewangan Kedah merosot daripada RM208.94 juta pada 2013 kepada RM43.40 juta pada 2015 manakala jumlah kutipan hasil Kedah turut menurun iaitu daripada RM518.3 juta pada 2013 kepada RM411.05 juta pada 2015 ketika rejim pertama Mukhriz sebagai Menteri Besar.
Sumber: https://suaramerdeka.com.my/orang-kedah-dapat-menteri-besar-baharu-petang-ini/
https://therakyatinsight.com/jadi-mb-kedah-pun-gagal-dua-kali-mukhriz-tak-layak-cakap-pasal-anwar-ph/
https://www.mynewshub.tv/2016/01/pas-setuju-mukhriz-gagal-tadbir-kedah/
Sehingga kini, tiada apa yang boleh dibanggakan apabila melihat portfolio politik Mukhriz.
Tiada sumbangan besar yang diberikan oleh beliau dan hanya bernasib baik kerana kad pengenalannya tertulis nama Mahathir.
Jika benar beliau seorang yang berkaliber, sudah tentu Mukhriz tidak akan ‘digulingkan’ sebanyak dua kali.
Parti Pejuang juga mengambil langkah salah dengan melantik Mukhriz sebagai pengerusi, namun apakan daya. Nak membantah, beliau anak Mahathir.

Comments
Post a Comment