Jangan Lupa Projek Kontrak Balak Mahathir

Sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat, ada satu projek di luar Semenanjung Malaysia yang masih diperkatakan dan sehingga kini memberi kesan kepada penduduk di negeri itu.

Jangan kita lupa tentang projek kontrak balak di Sarawak pada awal 1990-an.

Projek itu berkait rapat dengan amalan kronisme yang berleluasa berlaku pada era pemerintahan Mahathir.

Individu dan nilai wang yang terlibat bukannya biasa-biasa.

Sehinggakan Mahathir menggunakan wang pembayar cukai untuk menyelamatkan projek kroninya sendiri.

SUMBER: https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/

Pada 21 Januari 1994, sepucuk surat permohonan dihantar kepada kerajaan negeri Sarawak.

Sarawak ketika itu diterajui oleh Ketua Menteri, Taib Mahmud iaitu salah seorang yang rapat dengan Mahathir.

Surat itu memohon kelulusan membalak dan membersihkan tanah seluas kira-kira 1,000 hektar di Lot 63, di bawah nama syarikat Tanjung Tiara Sdn. Bhd.

Mukhriz iaitu anak kepada Mahathir ketika itu baru berusia 30 tahun dan belum bergiat secara aktif dalam politik, merupakan pengerusi syarikat berkenaan.

Projek pembalakan itu mempunyai kaitan dengan satu lagi projek Empangan Bakun milik usahawan Ting Pek Khiing.

Projek tersebut mula dirancang pada 1980-an, digantung pada 1990 kerana unjuran permintaan elektrik akibat kemelesetan tetapi dihidupkan semula oleh Mahathir pada September 1993.

Pada Januari 1994, kontrak projek itu diswastakan terus kepada Ekran Berhad iaitu sebuah syarikat pembalakan dan pemajuan hartanah tanpa sebarang pengalaman membina empangan serta tidak melalui proses tender terbuka.

Hubungan Mahathir dan usahawan itu bermula apabila bekas Perdana Menteri itu melihat sebuah rumah pameran yang dibina berhampiran kediaman Taib, lalu menjemput Pek Khiing untuk membina sebuah hotel di Langkawi dalam masa 100 hari.

Hubungan peribadi inilah yang dipercayai membawa Pek Khiing mendapat kontrak Empangan Bakun setahun kemudian.

SUMBER: https://soscili.my/ting-pek-khiing-dari-empangan-bakun-ke-projek-rm30-bilion-langkawi/

Mahathir dikatakan mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) membekalkan pinjaman sebanyak RM5.75 bilion untuk pembinaan Empangan Bakun.

Kedua-dua agensi itu dikatakan masih belum menerima sebarang pulangan daripada pinjaman tersebut.

Ekran Berhad turut didakwa menuntut RM2.2 bilion daripada kerajaan berikutan pembatalan projek tersebut.

Projek Bakun itu turut mempunyai kaitan dengan projek kabel dasar laut sepanjang 650 kilometer yang dikaitkan dengan sebuah syarikat milik anak Mahathir.

Projek berkenaan juga dikatakan seluas hampir sebuah negara Singapura dan melibatkan pemindahan tidak kurang 10,000 orang kaum Penan.

SUMBER: https://www.mynewshub.tv/2018/06/kisah-kroni-si-mahathir-raih-projek-rm30-bilion/

Projek balak itu memberi impak buruk kepada negara secara keseluruhannya.

Banyak duit dikorbankan, nasib penduduk tempatan tergadai dan akhirnya projek itu tidak diteruskan.

Namun, kroni-kroni Mahathir seperti Mukhriz dan Pek Khiing dikatakan semakin kaya melalui projek itu.

Mahathir dalang di sebalik kedua-dua projek itu meskipun Mukhriz cuba menafikannya.

Sehingga kini, projek itu meninggalkan kesan besar yang buruk kepada penduduk Sarawak khususnya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Musuh Kestabilan Negara

Syed Saddiq Akan Hilang Kerusi Muar

Naimah Cuba Main Naratif Konspirasi